Home Artis Korea Peminat Kdrama Pasti Perasan 13 Watak Psikopat Ini Berasal dari Keluarga Chaebol,...

Peminat Kdrama Pasti Perasan 13 Watak Psikopat Ini Berasal dari Keluarga Chaebol, Kaya Tapi Gila

0

Kdrama Death’s Game Part 2 telah ditayangkan untuk meneruskan kisah Park Tae U (Kim Ji Hoon) yang telah melanggar Jang Gun U (Lee Do Hyun) dan Lee Ji Su (Ko Yoon Jung). Dia merupakan seorang anak chaebol yang mempunyai jiwa psikopat yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memenuhi keinginannya dan memuaskan hatinya.

Kisah dalam kdrama ini menunjukkan bahawa penyakit psikopat sebenarnya boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja, tidak terkecuali golongan chaebol.

Berikut ini adalah beberapa watak dari keluarga chaebol yang mempunyai jiwa psikopat dalam Kdrama.

 

bce95190 2a14 4cc4 ad70 fe732ad069da
1. Sering melanggar orang sesuka hati untuk kepuasan diri sendiri, Park Tae U (Kim Ji Hoon) membunuh adiknya demi kuasa dalam drama Death’s Game (2023–2024)

 

984f8db9 23d8 4482 8adb ee9cc5633be2
2. Untuk menyembunyikan sisi psikopatnya, Jang Jun Woo (Ok Taecyeon) menggunakan imej sebagai peguam yang polos dan berjiwa bebas dalam drama Vincenzo (2021)

 

eb7e690b c951 4442 8592 5f227beb9624
3. Selalu dilindungi oleh keluarganya yang kaya raya, Lee Min Soo (Kim Kwon) langsung tidak merasa bersalah sewaktu membunuh dalam drama The Killing Vote (2023)

 

95b2133b 523b 4b7b a3c0 142f9a46d959
4. Walau mempunyai banyak harta dan kuasa, Mo Tae Gu (Kim Jae Wook) menjadi seorang psikopat berhati dingin dalam kdrama Voice (2017)

 

b9b476e7 154e 47df ad5d 9ad31e059fa3
5. Walau bekerja sebagai seorang pendakwa raya, Cha Do Won (Kwon Soo Hyun) yang lahir sebagai chaebol sebenarnya adalah seorang psikopat dalam Cafe Minamdang (2022)

 

2323a79a 247f 4b89 b57b 8c9852c0c0aa
6. Demi menjadi orang yang paling berkuasa, Ryu Seok (Song Seung Heon) sanggup melakukan apa cara sekalipun untuk mencapai tujuannya dalam Black Knight (2023)

 

fa766fe4 d379 4c43 b7f7 96e21ecc82bc 1
7. Dikenali sebagai seseorang yang kuat memberontak, Cha Min Ho (Uhm Ki Joon) sanggup membunuh dan hidup dengan nama kembarnya dalam kdrama Defendant (2017)

 

7f37e4dd c850 4b6a 9b84 4c28da903ad2

8. Merupakan anak tunggal orang kaya, Baek Hee Sung (Kim Ji Hoon) merosakkan hidup keluarganya kerana mempunyai jiwa psikopat dalam kdrama Flower of Evil (2020)

 

4349ae35 552e 43bb 9bf3 ebb01b9dee6a
9. Supaya dia boleh menjadi pewaris kekayaan, Lee Jae Kyung (Shin Sung Rok) sanggup membunuh keluarganya sendiri dalam drama My Love from the Star (2013)

 

8f56d8c4 508d 408c 91fc f6da9712f0c3
10. Dikenali sebagai ibu yang penyayang, Won Sang A (Uhm Ji Won) sebenarnya mempunyai sis psikopat selepas melihat ibunya diseksa dalam kdrama Little Women (2022)

 

Kdrama
11. Selalu hidup dengan harta melimpah ruah, Jo Han Sol (Kim Kwon) mempunyai hobi yang membahayakan orang lain dalam Rookie Cops (2022)

 

bd252d81 e261 429f 9eb6 c93ca56971ce
12. Suka berlakon sebagai mangsa keadaan, Seo Joon Tae (Chang Ryul) yang psikopat akhirnya bunuh diri selepas mengetahui siapakah ibu kandungnya dalam The Golden Spoon (2022)

 

Kdrama
13. Merasa tidak dihargai, Lee Pyun Woong (Jo Han Chul) yang diambil sebagai anak angkat oleh keluarga chaebol ini membesar menjadi psikopat dalam The Law Cafe (2022)

Kuasa dan kekayaan melimpah ruah sebagai keluarga chaebol tidak membuatkan hidup setiap watak dalam Kdrama di atas tenteram dan damai. Mereka mempunyai sisi psikopat yang membuatkan orang lain ketakutan. Namun, mereka mereka pandai menipu dengan menggunakan imej baik untuk menyembunyikan sisi psikopat mereka.

Baca lagi: 11 Pasangan Paling Romantik dalam Kdrama 2023, Gandingan Paling Serasi
Baca juga: Masihkah Anda Ingati 8 Drama Korea Lagenda Ini? Menggamit Kenangan