Penonton ‘Reborn Rich’ meluahkan rasa tidak selesa dengan filter yang digunakan kepada Song Joong Ki yang berlebihan kerana wataknya yang berusia 20 tahun.
Berikutan penyiaran drama JTBC ‘Reborn Rich’ baru-baru ini, sebilangan penonton meluahkan rasa tidak selesa dengan penggunaan filter yang berlebihan pada wajah Song Joong Ki semasa membawakan watak dalam usia awal dua puluhan.
‘Reborn Rich’ menggambarkan kisah Yoon Hyun Woo (lakonan Song Joong Ki) yang hidup “seperti anjing” untuk keluarga chaebol (orang kaya) Kumpulan Soonyang, hanya untuk menghadapi kematian yang tidak adil.
Tiba-tiba, dia dihidupkan semula dengan menjadi anak bongsu dari keluarga chaebol Jin Do Joon, berikrar membalas dendam kepada orang yang bertanggungjawab atas kematiannya.
Pelakon cilik Kim Kang Hoon memainkan watak Jin Do Joon versi kanak-kanak, dan Song Joong Ki, yang kini berusia 37 tahun, memainkan versi Jin Do Joon yang berusia 20 tahun.
Baca lagi: Sungjong Infinite Hanya Makan Sebiji Telur Rebus Sehari Selepas Membelahnya Kepada Tiga Bahagian?
Dengan penyiaran episod ke-3 ‘Reborn Rich’ baru-baru ini, ramai yang perasan bahawa filter muka Song Joong Ki kelihatan agak keterlaluan, dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap drama itu.
Bagaimanapun, yang lain mempertahankan Song Joong Ki dengan mengulas, “Saya melihatnya sebagai filter yang biasanya digunakan untuk adegan imbas kembali”.
Sementara itu, Song Joong Ki juga sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi “filter muka berlebihan” semasa penampilannya dalam drama tvN ‘Vincenzo’.
Sumber: [1]