Pada 23 November lalu, Cher Calvin memuat naik video persembahan BTS di laman Instagram.
Menerusi video tersebut, para ahli BTS sedang mengadakan ‘Crosswalk Concert’ di mana ketujuh-tujuh ahli BTS keluar semasa lampu trafik merah, kereta berhenti dan mereka pun buat persembahan di jalanan itu.
Pemandu yang mula-mula berhenti di lampu isyarat itu berjaya duduk di depan sekali untuk menonton persembahan kumpulan K-pop hit ini.
Salah seorang individu yang bertuah adalah penyampai berita bernama Cher Calvin.
Dalam videonya, kelihatan salah seorang anggota BTS iaitu V menyentuh hujung keretanya semasa menari.
Selepas itu, dia berkongsi gambar bekas tangan V yang terdapat pada permukaan keretanya.
Cher kata dia terima banyak ‘PM harga’ atau permintaan untuk beli keretanya daripada peminat di seluruh dunia. Beberapa peminat komen:
“Kalau aku tak basuh kot kereta tu.”
“Aku rasa dengki sangat sampai rasa nak gila.”
“Sekarang juga saya akan transfer duit, jadi tolong jual kereta tu kepada saya.”
Sumber: [1]