Pada 11 Mac, Jin telah post sekeping gambar di Instagramnya. Gambar itu diambil selepas konsert solo BTS “Permission to Dance on Stage-Seoul” yang diadakan di Stadium Jamsil di Songpa-gu, Seoul pada 10 Mac.
Dalam gambar itu, Jin memakai seluar jeans yang di bahagian lututnya koyak dan topi yang dibuat sendiri. Topi itu berbentuk seperti watak Pink Bean dari permainan MapleStory yang sering dimainkan oleh Jin.
Bagaimanapun, gambar itu membuatkan peminat Jin bimbang tentang kesihatannya. Ini kerana lutut Jin, yang terserlah di sebalik seluar yang koyak, kelihatan terlalu kurus.
Di ruangan komen, terdapat komen bimbang daripada peminat seperti, “Jimin juga kurus, tetapi Jin lebih tinggi daripada Jimin dan berat badannya kurang,” “Saya risau,”
“Adakah kaki kurus itu normal,” “Dia terlalu kurus. ,” dan “Saya tidak tahu sejauh mana lebar bahunya, tetapi saya rasa dia benar-benar kurus.”
Menurut profil Jin, dia diketahui mempunyai ketinggian 178.3 cm dan berat 61 kg. Terdahulu, BTS Suga mendedahkan berat badan Jin di V LIVE dan berkata, “Jin tidak makan kerana dia bermain ‘game’.”
Baca lagi: Jay Park Berlari Keluar Untuk Bertemu Dengan Gadis Idamannya, IU
Ada yang mencungkil kenyataan Jin yang berkaitan dengan diet yang lalu. Jin muncul di SBS “Baek Jong-won’s Top 3 Chef King” pada 2017 dan bercakap tentang pengalaman dietnya.
Dia berkata, “Saya rasa saya makan berpuluh ribu ekor ayam. Dalam sebungkus dada ayam ada dua ketul, dan saya tahan nafsu makan saya selama setahun dengan hanya makan dua bungkus dada ayam sahaja sehari,” katanya yang menyebabkan peminat berasa risau.
Sumber: Kbizoom