Siapakah 10 Artis Korea yang menjadi perhatian di Gucci 2024 Cruise Fashion Show?
Pada Selasa lepas, 16 Mei 2023 telah berlangsung acara pertunjukan fesyen jenama mewah terkemuka Gucci yang dinamakan “Gucci 2024 Cruise Fashion Show” di Gyeongbukgong Palace, Seoul.
Acara tersebut dihadiri oleh ramai selebriti dunia, termasuk pelakon-pelakon terkenal dari Korea Selatan.
Bagi para peminat drama siri Korea Selatan, pasti sudah tidak asing lagi dengan wajah-wajah selebriti yang hadir di “Gucci 2024 Cruise Fashion Show” ini.
Jom sama-sama kita lihat penampilan menarik artis-artis Korea pada acara pertunjukan fesyen tersebut:
1. Dipilih sebagai duta antarabangsa Gucci, Shin Min-a tampak sangat menyerlah dengan busana serba hitam. Wajah yang dihiasi senyuman yang manis, pelakon ini melambai ke kamera
2. Kim Hye Soo turut menjadi tumpuan, muncul dengan mengenakan kot panjang berwarna hitam dan baju oversized. Gayanya sangat berani dan memukau!
3. Bintang drama siri Joseon Attorney (2023), Woo Do Hwan tampil kacak bergaya dengan jaket kulit dan padanan seluar serba hitam
4. Jung Kyung Ho juga menarik perhatian ramai apabila tampil dengan memakai kot labuh yang bergaya
5. Tidak kalah dengan selebriti yang lain, Lim Ji Yeon juga bergaya sakan dengan dress warna hitam dengan tambahan aksesori. Senyumnya seperti biasa manis menawan!
6. Shin Hyun Been memilih untuk tampil berbeza dengan busana warna fuschia yang manis. Gaya rambutnya yang sederhana turut mendapat pujian
7. Lee Soo Hyuk memilih untuk tampil dengan segar dengan gaya rambut kemas dan sempurna, pasti memikat hati mana-mana gadis yang melihatnya!
8. Selain itu, Lee Je Hoon tampil dengan gaya menawan dan manis di depan kamera. Dia kelihatan begitu segar dengan pakaian segak berwarna biru muda
9. Pelakon wanita senior Kim Hee Ae turut muncul dengan gaya menawan dan berani saat tampil dengan baju berwarna merah menyala. Pelakon ini memaniskan wajahnya dengan senyuman menawan di hadapan kamera
10. Lee Jung Jae juga tampil dengan penuh keyakinan apabila mengenakan busana serba biru. Rambutnya juga dirias dan ditata cukup bergaya
Artis-artis Korea Selatan yang tersenarai di atas berjaya mencuri perhatian para peminat dan menjadi tumpuan lensa kamera sewaktu acara pertunjukan fesyen “Gucci 2024 Cruise Fashion Show”, acara pertunjukan fesyen oleh Gucci ini adalah acara berprestij yang hanya dihadiri oleh selebriti ternama dan berpengaruh dunia sahaja.
Baca Lagi: Lee Joon Hyuk, Villain “The Roundup: No Way Out”
Baca Juga: 10 Artis Korea Di Jennie’s Calvin Klein Launch