Home Artis Korea Penampilan Lisa BLACKPINK di MTV VMAs 2024? Dihujani Kecaman

Penampilan Lisa BLACKPINK di MTV VMAs 2024? Dihujani Kecaman

0

Lisa BLACKPINK merupakan salah seorang bintang idola KPop yang diundang untuk tampil di MTV Video Music Awards (VMAs) 2024. Majlis anugerah yang berlangsung pada hari Rabu, 11 September 2024 ini dihadiri oleh ramai artis popular seperti Sabrina Carpenter, Taylor Swift, dan juga Megan Thee Stallion.

Bergandingan dengan ahli muzik antarabangsa, Lisa Blackpink menampilkan dua buah lagu terbarunya iaitu “New Woman” dan “Rockstar”. Walau begitu, penampilan Lisa BLACKPINK tersebut menuai banyak kecaman dan kritikan tajam dari netizen. Semuanya kerana Lisa dituduh lip sync dan tidak mempersembahkan vokalnya secara live.

Berikut ini kronologi selengkapnya!

1. Lisa membawakan lagu “New Woman” dan “Rockstar” di MTV VMAs 2024

Lisa blackpink

Dalam acara VMAs 2024, Lisa membawakan dua buah lagu terbarunya iaitu “New Woman” dan “Rockstar”. Persembahan bintang idola KPop ini merupakan salah satu persembahan yang sangat dinantikan oleh para penonton. Malangnya, persembahan Lisa mendapat kecaman dan kritikan hangat.

Netizen, terutamanya para penonton setempat yang kebanyakannya bukan peminat KPop menganggap bahawa Lisa Blackpink melakukan lip sync di sepanjang lagu yang dibawakan. Mereka menganggap bahawa gerakan bibir Lisa bahkan tidak sama dengan lagunya serta kualiti bunyi AR muzik dimainkan dengan sangat bingit.

2. Billboard dan New York Post melabelkan persembahan dan penampilan Lisa sebagai yang terburuk di VMAs 2024

Lisa

Bukan itu sahaja, persembahan dan penampilan Lalisa Manoban dikiritik oleh media antarabangsa. Billboard dan New York Post melabelkannya sebagai persembahan dan penampilan terburuk di VMAs 2024.

New York Post menyebut Lisa Blackpink “K-Flop” yang ertinya ‘kegagalan’. Sementara itu, Billboard meletakkannya di kedudukan ke-16 dari 16 untuk ranking penampilan di VMAs 2024. Dia menduduki urutan terakhir di antara artis-artis lain.

3. Para peminat membela Lisa dengan menyertakan video fancam Lisa di VMAs 2024

db12791a 1337 4512 91f7 e44d21f26939

Para peminat Lisa Blackpink membela idola kesayangan mereka dari tuduhan lip sync di MTV MVAs 2024. Mereka berkongsi video fancam persembahan Lisa yang diraihkan langsung di sana. Para peminat mengatakan bahawa bintang idola itu menyanyi secara live dan suaranya dengan jelas kedengaran di sana.

Setelah dihujani kecaman dan kritikan yang teruk, masih tidak diketahui dengan pasti sama ada bintang idola itu melakukan lip sync atau tidak. Walau bagaimanapun, Lisa tetap mencuri perhatian di acara tersebut. Lebih-lebih lagi, dia memenangi anugerah Best K-Pop di VMAs 2024 melalui lagu “Rockstar”.

Baca lagi: Seoul Busters Berbaloi Ditonton atau Tidak? Kdrama Komedi Jenayah yang Segar
Baca juga: 10 Kumpulan Gadis dan Lelaki KPop Paling Digemari di Korea

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here