Home Video Penat Hadap Jem Selama 2 Jam Di Tol Gombak, Sekali Respon Wanita...

Penat Hadap Jem Selama 2 Jam Di Tol Gombak, Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju

0

Meneruskan perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok amiraabdullahhh, telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita membuat satu klip durasi pendek mengenai kesesakan jalan raya di Tol Gombak yang sering berlaku setiap minggu. Wanita ini yang dikenali sebagai Amira, meluah bahawa beliau sudah penat dengan kesesakan jalan raya yang dialami setiap kali balik kampungnya dan meminta pihak atasan untuk melakukan sesuatu tentang isu ini.

Beliau juga memberi pendapat tentang isu ini kepada pihak berkenaan untuk menaik taraf laluan tersebut atau menghapuskan sahaja Tol Gombak itu.

Screenshot 2023 09 04 203931
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan bersetuju dengan pendapat wanita ini untuk hapuskan atau menaik tarafkan Tol Gombak tersebut. Ada juga yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tentang isu ini dan menyelesaikan dengan secepat yang mungkin, kerana mereka turut penat dan letih menghadap perkara yang sama apabila pulang ke kampung.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 36.4K penonton, 771 sukaan dan 176 komen.

Baca lagi: Betul Ke Dah Boleh Guna Kad Bank Bayar Tol? Mari Lihat Info Lebih Lanjut

Baca lagi: Kereta Chevrolet Cruze Terbabas, Pemandu Hyundai Starex Diminta Serah Diri Selepas Memandu Secara Bahaya

Lihat klip durasi pendek respon wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@OneSyafiq24: tu la..semua benda nk lalu kl..buka la extra jln kt rawang ke..kajang ke..jauh skit drpd kl tu

@hiezamtahir: pantai timur makin maju dik… ramai tetamu hujung minggu. sy pun every wk kl – ktn

@Nar_nana: Tiap hari ahad wajib jammed, xraya, xcuti sekolah pun jammed. Akhirnyaa, tiap minggu kalau balik Pahang, gerak 5pagi terus masuk kerjaa

@lyndaasri: Betul,,,fikirkan tol GOMBAK, rasa malas nak balik kg,,,tapi bila ingat org tua, redah la jugak

@Coach Allen | Online Coaching: Setuju. Harap yang berkuasa, pihak media atau media viral dapat video ni. Kesian rakyat.

@Zack Del Rey: Bkn sebab byk kete turun dr genting ke? I dont think masalah tol tu. Maybe kena wat cable car dari gombak ke atas tu. Sebab dulu2 xde mcm tu.

@Daus Arshavin: kena tahu punca jem bukan tol. tapi interchange kt depan tol tu yang punca jem. dari kanan nak pergi kiri n sebaliknya.

@vep2102: extra jem sekarang sbb org hulu sel x blh lalu genting. jln ttup sbb tnh rntuh tu..trpksa jgk lalu gmbak…

@Maggie goreng: Sebab hari ahad lah ramai yang balik jumpa mak ayah jugak.

@Hamburger: bukan masalah tol..masalah lepas tol gombak tu..nk masuk kL..dari 10 lorong jadi 2 lorong..

@Fauzan Azman153: saya pun pelik kenapa jem sgt , sy dr kL balik kuantan mesti rase kesian ,padahal depan tu tkde pape pun

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram