A Bloody Lucky Day Part 2 telah rasmi ditayangkan dan meneruskan kisah pemandu teksi Oh Taek (Lee Sung Min) dengan seorang psikopat yang bernama Geum Hyeok Soo (Yoo Yeon Seok).
A Bloody Lucky Day Part 2 akhirnya melabuhkan tirai dengan tayangang episod terakhirnya pada 9 Disember 2023.
Oh Taek menghadapi hari yang sangat malang kerana anak perempuannya dibunuh dan isterinya juga meninggal dunia kerana tidak mampu lagi menghadapi kesedihan. Oh Taek kemudian berusaha memburu Geum Hyeok Soo yang ternyata memiliki nama asal sebagai Lee Byeong Min orang yang bertanggungjawab membunuh anak perempuannya.
Setiap watak mendapat nasib akhir yang berbeza-beza. Jom sama-sama kita lihat nasib setiap watak di pengakhiran Kdrama A Bloody Lucky Day Part 2.
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.
1. Oh Taek berjaya membalas dendamnya. Dia kemudian dihukum untuk bertanggung jawab atas segala perbuatannya. Sewaktu keluar dari penjara, dia hidup bahagia dengan anak dan cucunya
2. Lee Byeong Min kehilangan dua-dua belah matanya ketika bertarung dengan Oh Taek. Dia ditangkap, kemudian dijatuhi hukuman mati
3. Isteri Oh Taek, Hwang Soon Kyu (Lee Jung Eun), mati ditikam Lee Byeong Min. Namun dia sempat menyelamatkan Oh Taek dan memintanya untuk balas dendam
4. Detektif Kim Joong Min (Jeong Man Sik) kecewa kerana dia meragui Hwang Soon Kyu. Dia akhirnya percaya pada Oh Taek dan menyelamatkannya dari tuduhan pembunuhan
5. Oh Seung Mi (Jung Chan Bi) benar-benar dibunuh oleh Lee Byeong Min. Dia sebenarnya kekasih kawan Lee Byeong Min, iaitu Geum Hyeok Soo (Ahn Hyun Ho) yang asal
6. Sementara itu, Geum Hyeok Soo yang asal juga telah dibunuh oleh Lee Byeong Min kerana menolak untuk membunuh kekasihnya, Oh Seung Mi
7. Anak lelaki Oh Taek, Oh Seung Hyun (Hong Sa Bin) berjaya bertahan. Dia berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan
8. Noh Hyun Ji (Oh Hye Won), isteri Lee Byeong Min, tidak jadi dibunuh oleh Oh Taek. Dia akhirnya mengetahui suaminya adalah pembunuh bersiri dan lantas meninggalkannya
9. Yoon Se Na (Han Dong Hee) sempat diculik Lee Byeong Min, tetapi ia berjaya melepaskan diri. Kini, dia boleh menarik nafas lega kerana lelaki psikopat tersebut telah dijatuhkan hukuman mati
10. Go Chae Ri (Gi Eun Su) juga pernah diculik Lee Byeong Min. Dia dan bayinya selamat, dan dia akhirnya melahirkan anak perempuan yang comel. Selepas melalui banyak dugaan dan nasib malang, hidup Oh Taek akhirnya kembali tenang. Lee Byeong Min dihukum sesuai dengan kejahatan yang dilakukannya.