Home Entertainment Pengalaman Barisan Bintang Utama Dalam The Glory

Pengalaman Barisan Bintang Utama Dalam The Glory

0

Pengalaman barisan bintang utama ‘The Glory’, dari Song Hye Kyo hingga ke Lee Do Hyun

Drama Korea selatan terbitan Netflix yang bertajuk The Glory telah meraih ulasan yang hangat sejak tayangan pertamanya pada 30 Disember 2022. Drama siri ini mengisahkan tentang perjalanan seorang pelajar yang menjadi mangsa buli dan akhirnya tekad untuk muncul membalas dendam.

The Glory menjadi antara projek terbaru dari penulis, Kim Eun Sook, yang telah mencipta banyak drama popular seperti The Heirs (2013) hingga Mr.Sunshine (2018). Drama siri kali ini dimeriahkan oleh deretan pelakon-pelakon ternama dari Korea Selatan, bermula dari Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Lim Ju Yeon, hingga Cha Jo Young.

Gandingan hebat dan sangat menjadi empat pelakon utama tersebut dalam lakonan membuatkan mereka mendapat banyak pujian daripada para penonton setia siri itu. Namun, sebelum membawa setiap karakter dalam The Glory, rupa-rupanya mereka pernah mengalami kesukaran dan pengalaman luar biasa.

Baca Lagi: Adegan Buli Drama Korea The Glory Diinspirasikan Dari Kisah Benar

Apakah pengalaman yang mereka tempuhi sepanjang bekerjasama dalam drama siri ini?

1. Song Hye Kyo berkongsi tentang satu penyesalan sewaktu penggambaran
C3F6380C 58D0 47DD 9FB4 E7D419217D0ADalam wawancaranya bersama Elle Korea, Song Hye Kyo mengakui bahawa dia pernah rasa menyesal sewaktu menjalani penggambaran The Glory. Membawa watak sebagai Moon Dong Eun, dia mengatakan, “inilah kali pertama saya berlakon dalam genre seperti ini. Semua adegannya sangat sukar pada awal proses penggambaran.”

Pelakon yang dilahirkan pada 22 November 1981 itu juga ketika itu sering bertanya sendiri tentang apakah yang telah dia lakukan sewaktu membawa watak tersebut. Dia juga berharap supaya dia boleh memutar semula masa untuk memperbaiki adegan awal yang dilakonkan olehnya. Namun sewaktu dia menonton drama tersebut, dia menyadari bahawa dia sudah melakukan yang terbaik dan bangga dengan kemampuannya.

2. Menurut Lee Do Hyun, titik fokus ceritanya sedikit berubah
555584E1 8A61 43C2 BCF6 752CCD070195Lee Do Hyun membawa watak Yeo Jong yang bekerja sebagai pakar bedah plastik. Dia memperkenalkan wataknya yang digambarkan sebagai seseorang yang suci dan periang tetapi rupa-rupanya memiliki sisi lain.

“Berdasarkan apa yang saya alami, fokus terhadap jalan ceritanya sedikit berubah. Saya menyesuaikan diri terhadap tumpuan emosi sewaktu berlakon, (saya) cuba bereksperimen dengan emosi saya secara agresif dan sederhana,” jelasnya.

3. Lim Ji Yeon menerima pelbagai gambar pelurus rambut dari peminatnya
8CCE412F 3A7E 4B25 ABEC 28598ACBAEE6Lim Ji Yeon berkongsi ceritanya setelah meraih populariti sewaktu membintangi The Glory. Dia pernah mendapat sejumlah gambar pelurus rambut dari para peminat hingga dia merasa terharu.

Dia juga menambah, “rakan-rakan saya juga menghantar banyak gambar pelurus rambut dalam kumpulan bilik sembang (chat group) dan mereka mengatakan, ‘Ji Yeon, mengapa begitu sukar untuk menghubungimu? Saya memegang pelurus rambut. Yeon Jin…,” ungkapnya, menceritakan seolah-olah kawan-kawannya mengancamnya seperti adegan dalam drama siri tersebut dengan maksud untuk bergurau.

Lim Ji Yeon mendapat pujian kerana berjaya membawa watak jahat dengan sangat baik. Pelakon ini membawa watak sebagai Park Yeon Jin iaitu individu yang bertanggung jawab dalam kes bulu Moon Dong Eun (Song Hye Kyo) semasa di sekolah.

4. Cha Joo Young menghadiri banyak sesi uji bakat
2182E7C8 899E 487A 8006 73564E107D45Cha Joo Young mengejutkan banyak pihak ketika mendedahkan bahawa dirinya pernah menyertai banyak sesi uji bakat sebelum pada mendapat tawaran untuj watak dalam siri Netflix ini. Dia juga sanggup bertemu dengan pengaran dua kali dalam seminggu selama dua bulan berturut-turut.

Choi Hye Jeong juga berkongsi tentang bagaimana kesukaran dan usahanya dalam membawa watak tersebut. Pengarah terus-menerus memberikan tunjuk ajar kepada Cha Joo Young untuk setiap babak dan adegannya. Walaupun teguran sedikit kasar dari pengarah, dia tidak mempunyai pilihan lain dan akhirnya menyiapkan projek lakonannya itu dengan berjaya.

Dia mendedahkan bahawa dirinya perlu menaikkan berat badan sehingga 5-6 kg lantaran wataknya yang harus tampil seksi dan menarik dalam siri drama tersebut.

Kini siri Netflix ini sudah rasmi menyiarkan The Glory musim ke 2 di Netflix baru-baru ini. Sudahkah anda menonton semua episod The Glory musim pertama? Bagaimanakah pandangan anda terhadap lakonan setiap pelakon utama dalam siri ini?

Baca Juga: Jung Sung Il The Glory Pernah Hidup Miskin