Sebelum ini banyak kita dengar mengenai kes penderaan di taska yang melibatkan budak kecil dan pengasuh di situ. Sepertinya pengasuh-pengasuh ini masih belum serik walaupun mereka tahu hukuman yang berat jika didapati bersalah selain akan dikecam oleh orang ramai.
Kali ini rakaman berkaitan kes penderaan tular lagi di media sosial di mana Menerusi klip video yang tular tersebut dapat dilihat pengasuh di situ yang dilihat sepertinya sedang mendera budak perempuan itu. Kronogi tersebut diceritakan sendiri oleh ibu mangsa di Facebook.
Kejadian kes dera kena kat anak aku sendiri. Aku terduduk rasa nk pitam bila dpt tahu. Beraninya pusat jagaan tipu depan muka kami,
Ya Allah.. Allah Maha Besar. aku bayar RM1300 per month utk keselesaan & keselamatan anak aku, bukan utk kau hempuk2 ank aku!
Thread & video di bawah :
Org lain staff yg tgok tu apa perasaan korang? Korang xde hati perut kee? Sggup biar anak aku kena mcm tu depan mata..Tujuan aku menulis kat sini adalah untuk membuka mata semua pihak termasuk taska, parents yg hantar anak kesitu..
Kronologi kes:
3/8/2023 :
Rania mengadu n nangis “Mama, nia xnak g school, nia takut”.Sy telah memohon dari pihak taska untuk tengok cctv kerana bimbang kenapa dia takut g school sedangkan dia dah lama kt situ.
Tapi jawapan dari staff sana
“maaf puan utk cctv kami xdpy bg tengok”. Sy telah menghubungi HQ taska sendiri untuk dpt kebenaran tgok cctv.
Malangnya sy hanya diberi tengok secara rawak mcm tu je. Sy juga kecewa kerana mereka tidak melakukan investigation secara menyeluruh selepas sy membuat laporan anak sy takut ke school tersebut.
30/8/2023 :
Husband sy telah mengambil Rania dari taska pada pkul 6 petang, dan staff dia yg bernama Athirah(pendera) telah mengatakan pada suami sy
“maaf tuan, sy terlanggar rania waktu playtime bersama budak2 lain”
Tp kami dapati ad kesan cubitan di pipi kiri dan kanan ank kami dan lengan. Ank sy mengadu sakit masa sy basuh muka dia.
Sy telah memohon utk tgok cctv dari pihak taska pada malam rabu tp tiada respons. Sy cuba call taska tp xdpt.
1/9/2023 :
Sy telah mengambil cuti dan pagi tu cuba hubungi lagi HQ taska, tp xdpt. Sy pergi dengan tujuan utk tgok bukti anak sy jatuh. Mereka xbenarkan atas alasan HQ staff ramai yg cuti, dan mereka ada meeting lain utk attend.Sy dimaklumkan hanya boleh tgok cctv pada isnin pagi.
Sep 5
4/9/2023 :
Suami sy telah pergi tengok cctv dan dapati athirah(pendera) telah mencubit dan menghempuk kepala Rania ke lantai.
Sy terkilan sbb staff lain hanya tengok je mcm bende ni dah biasa berlaku.
Sekarang rania warded utk further checkup for both external&internal injury.
Mohon doakan anak sy.
Thread ini diterbitkan dengan keizinan Puan Rin Azmin
Baca juga : Lagi Kes Penderaan Budak Di Taska, Ramai Sokong Tindakan Si Ayah Membelasah Pengasuh
Baca juga : “Tak Serik2 Dorang Ni”-Lagi Kes Melibatkan Budak Kecil Di Taska
Lihat klip rakaman cctv tersebut di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@ZubirMarsan : Dah tiba saatnya pengusaha taska & pusat jagaan berdaftar untuk wajibkan pekerja untuk jalani mental health screening dengan klinik kerajaan/swasta. Makin menjadi-jadi eh kes penderaan fixikal macam ni
@pompoccoo : Kepam kepam macam ni takyah la nak blur sorok muka. Biar semua orang tahu raksaksa pemakan budak spesis bainun terkenal satu malaya
@NightOwlGenY2 : kalau tahu diri tiada kesabaran dgn anak² kecil, tak payahlah sibukkan diri kerja di taska jaga anak orang. dok rumah buat affiliate tiktok kan aman masuk duit
@elidedeese : Bukan nak bodyshame, tapi perasan juga,, pengasuh yang suka dera budak2 ni mesti badan gemok mcm babi terlebih makan macamni. Asal ekk??
@dranbrazzerian : Kalau Zahid komedi boleh bebas. Bapak yang terajang muka pengasuh Dera anak jugak boleh bebas
@annasprite : lain kali boleh tak jangan blur muka pesalah kat malaysia? Nak malu ikut dia la malu kena expose ke apa, bagi pengajaran sikit manusia macam ni..yg lain tu okay lagi la tak expose pun
@nsbhz_ : kenapa ticer lain tgk je? takut??ya Allah sy pernah ye dlm situasi ni, sy jerit terus mmg time tu hilang sabar dh, mmg kena maki la cikgu tu, sy nk resign diorang takut. sy tak peduli terus bagitahu parents dan sy terus berhenti dari tadika tersebut ye.
@nuratiqah9939 : please spill the taska name! ni bukan masa nak jaga nama baik taska..kita nak avoid hantar anak ke tempat2 yg dh ada sejarah mcm ni
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Tiktok dan Instagram