Home News Pengguna WhatsApp Boleh Dikenakan Hukuman Penjara 8 Tahun, Jika Guna Sticker Wajah...

Pengguna WhatsApp Boleh Dikenakan Hukuman Penjara 8 Tahun, Jika Guna Sticker Wajah Orang Lain Tanpa Izin

0

Aplikasi WhatsApp sudah menjadi keperluan komunikasi kepada orang ramai sejak diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Seirung dengan pembangunan teknologi, aplikasi WhatsApp, mula memperkenalkan ciri lain selain komunikasi secara teks, antaranya voice notes, video notes dan sticker.

Walau bagaimanapun, pengguna WhatsApp di Indonesia harus berhati-hati ketika menggunakan aplikasi ini terutamanya ketika membuat sticker sendiri. Indonesia mempunyai undang-undang mengenai perhubungan menggunakan teknologi.

Memetik laporan Liputan 6, peraturan dalam Undang-Undang Informati Teknologi Elektronik (UU ITE) menggariskan setiap kesalahan salah guna boleh dikenakan tindakan penjara selama 8 tahun. Perkara ini telah diutarakan oleh seorang pengguna Tiktok di negara itu di mana seseorang akan dikenakan tindakan penjara kerana membuat sticker WhatsApp menggunakan wajah orang lain tanpa kebenaran, seperti yang termaktub pada Fasal 32 (1) UU ITE.

Baca lagi: Betul Ke WhatsApp Boleh Menjana Pendapatan? Ini Jawapannya

Baca lagi: Motor Disita Kerana Tiada Lesen Dan Roadtax, Reaksi Wanita Ini Menangis Undang Simpati Ramai

Screenshot 2023 09 27 143908
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

“Setiap orang dengan sengaja dan tanpa hak atau melawan hukum dengan cara apapun mengubah, menambah, mengurangi, melakukan transmisi, merosak, menghilangkan, memindahkan, menyembunyikan suatu informasi elektronik atau dokumen elektronik milik orang lain serta publik”

Dalam peraturan ini sudah jelas dikatakan bahawa, jika seseorang dengan sengaja dan tanpa hak secara sengaja mengubah, menambah, mengurangi ataupun merosakkan suatu informasi elektronik atau dokumen elektronik milik orang lain boleh dikenakan hukuman penjara.

Jika seseorang dengan sengaja melanggar perkara yang termaktub dalam UU ITE Fasal 32 (1), mereka harus menjalani hukuman selama lapan tahun penjara atau denda maksimum 2 milyar rupiah (RM600).

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang