Home Kdrama/Kmovie Pengkhianatan Lee Yoo Mi Dalam ‘Strong Girl Nam Soon’ Membuatkan Byeon Woo...

Pengkhianatan Lee Yoo Mi Dalam ‘Strong Girl Nam Soon’ Membuatkan Byeon Woo Seok Dikasihani

0

Dalam episod terbaru drama ‘Strong Girl Nam Soon’, Ryu Shi O (Byeon Woo Seok) akhirnya mengetahui identiti sebenar Tsegtseg sebagai Gang Nam Soon (Lee Yoo Mi).

Drama “Strong Girl Nam Soon” telah menayangkan episod ke-14 pada hari Ahad, 19 November 2023. Dalam episod ini, Ryu Shi O (Byeon Woo Seok) akhirnya mengetahui identiti sebenar Gang Nam Soon (Lee Yoo Mi). Ketika Shi O, dikhianati oleh Nam Soon, penonton menunjukkan rasa kasihan kepadanya

[AMARAN SPOILER!]

Strong girl nam soon

Dalam episod 14 “Strong Girl Nam Soon”, Shi O akhirnya mengetahui bahawa Tsegtseg ialah Nam Soon. Selepas menyedari Nam Soon mengambil kesempatan ke atas perasaan dan kepercayaannya untuk mendapatkan maklumat, Shi O bersumpah untuk membalas dendam.

IMG 3338

Sementara itu, Hwang Geum Joo (Kim Jung Eun) menyiarkan berita tentang dakwaan Shi O terlibat dalam perniagaan dadah. Geum Joo juga menyediakan tempat rahsia untuk polis yang sedang menyiasat kes itu.

Bukti perniagaan dadahnya telah tersebar, membuatkan Shi O mengamuk dan sangat marah. Shi O membunuh Ri Hwa Ja (Choi Hee Jin) yang telah berbohong kepadanya tentang identiti Nam Soon.

IMG 3332

“Saya dah cakap kalau berbohong akan meragut nyawa awak. “Kamu kata Tsegtseg bukan Gang Nam Soon,” kata Shi O kepada Hwa Ja yang sedang nyawa-nyawa ikan.

Shi O kemudiannya mengambil telefon bimbit Hwa Ja dan menghantar mesej kepada Nam Soon. Mesej ini membuatkan Nam Soon sedar bahawa dia kini menjadi sasaran Shi O.

“Ryu Shi O bunuh saya,” kata mesej yang dihantar dari telefon bimbit Hwa Ja. “Awak seterusnya.”

Episod terbaru “Strong Girl Nam Soon” mendapat pelbagai komen daripada penonton. Ramai yang kasihan dengan Shi O, yang mula membuka hatinya kepada Tsegtseg a.k.a Nam Soon tetapi dikhianati. Namun, ada juga yang beranggapan Shi O seorang penjenayah yang tidak teragak-agak untuk membunuh orang lain dan oleh itu tidak patut dikasihani.

IMG 3330

“Kenapa saya menangis. Ini sangat menyakitkan hati. Ryu Shi O ingat semua saat dia bersama Namsoon. Sekarang dia tahu dia tidak ikhlas, dia mesti berasa sangat terhina. Dia selalu digunakan oleh orang lain,” komen seorang netizen.

“Sejujurnya, saya rasa hukuman penjara tidak cukup untuk Ryu Shi O memandangkan kejahatan yang telah dilakukannya ,” tulis seorang netizen.

“Itulah yang dia patut terima, selepas semua perkara jahat yang dia lakukan terhadap Namsoon malah kepada negara ,” tambah seorang lagi netizen.

Berbaki lagi 2 episod, jangan lupa tonton Strong Girl Nam Soon pada Sabtu dan Ahad minggu ini untuk mengetahui bagaimanakah nasib Ryu Sio O!

Baca lagi: 5 Fakta ‘Romantic Movie’, Kdrama Baru Menampilkan Choi Woo Shik dan Park Bo Young
Baca juga: Super Junior Kyuhyun Tercedera Menyelamatkan Rakannya Yang Hampir Ditikam Oleh Penceroboh