Home Entertainment Pening Dengan Ending “A Time Called You”? Ini 5 Penjelasannya

Pening Dengan Ending “A Time Called You”? Ini 5 Penjelasannya

0

A Time Called You adalah Kdrama siri Netflix yang baru ditayangkan pada 8 September 2023. Drama siri ini diadaptasi dari siri Taiwan yang bertajuk Someday or One Day.

A Time Called You ini mengisahkan tentang seorang gadis yang melakukan pengembaraan waktu dan bertemu dengan lelaki yang menyerupai mendiang kekasihnya.

Walaupun ia bermula dengan jalan cerita dan plot yang agak mengelirukan dan penuh liku-liku, A Time Called You berjaya menghadiahkan penonton pengakhiran yang bahagia.

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Oh Chan Hui atau Oh Chan Yeong tidak membunuh Kwon Min Ju

A time called you

Han Jun Hee (Jeon Yeo-bin) akhirnya sedar jika pelaku pembunuhan berantai di tahun 1998 adalah Oh Chan Yeong yang terbangun di tubuh Oh Chan Hui (Min Jin-woong). Namun, dugaan Han Jun Hee ternyata salah.

Oh Chan Yeong hanya membunuh Byeon Da Hyeon (Song Ji Woo), sedangkan Kwon Mi Jun (Jeon Yeo Bin) bunuh diri dan disaksikan oleh Jung In Gyu (Kang Hoon).

Sebenarnya, Oh Chan Yeong gagal membunuh Kwon Mi Jun, kerana dirinya di tahun 2023 tersedar ketika polis datang. Oh Chan Yeong didakwa atas pembunuhan Nam Si Heon (Ahn Hyo-seop) pada 2023 versi pertama sebelum Kwon Min Ju selamat.

2. Han Ju Hee berhasil menyelamatkan Kwon Min Ju pada akhirnya

IMG 4871

Setelah Han Ju Hee tidak berhasil menyelamatkan Kwon Min Ju, kaset dan walkman yang dia miliki pun rosak. Beberapa kedai baik pulih berkata bahawa walkman itu tidak berfungsi lagi. Namun kerana keinginan untuk bertemu Nam Si Heon, kaset dan walkman itu kembali berfungsi.

Kali ini, Han Ju Hee berhasil mengawal tubuh Kwon Min Ju. Namun, dia hampir saja terjatuh jika Jung In Gyu tidak meraih tubuh Min Ju. Selain itu, Kwon Min Ju juga mulai menerima Jung In Gyu di sisinya.

 

3. Nam Si Heon, Kwon Min Ju dan Jung In Gyu melupakan Han Jun Hee

IMG 4872

Han Jun Hee meminta Jung In Gyu menghancurkan kaset dan walkman yang menjadi portal perjalanan waktunya. Tujuannya agar dia tidak kembali ke tahun 1998 dan mengganggu kehidupan Kwon Min Ju lagi.

Setelah kaset dan walkman dihancurkan, semua orang di tahun 1998 melupakan Han Jun Hee. Bahkan, Han Jun Hee juga tidak ingat jika pernah bertemu Nam Si Heon, Jung In Gyu, hingga Kwon Min Ju.

 

4. Nam Si Heon menepati janjinya untuk menemukan Han Jun Hee di masa depan

IMG 4873

Nam Si Heon pun menepati janjinya untuk mencari Han Jun Hee di masa depan. Pada tahun 2011, Nam Si Heon menaiki bas untuk menuju suatu tempat. Tiba-tiba, Han Jun Hee menaiki bas yang sama.

Nam Si Heon pada awalnya menyangka jika Han Jun Hee adalah Kwon Min Ju. Setelah Han Jun Hee turun dari bas, Nam Si Heon pun mengejarnya. Walaupun tidak mengingati kenangan mereka, perasaan Nam Si Heon terhadap Han Jun Hee sepertinya tidak berubah.

Adegan ditutup dengan monolog Nam Si Heon, “Aku berjanji. Aku pasti menemukanmu. Di waktu mana pun, di mana pun kau berada. Kita pasti bertemu. Aku akan datang kepadamu di waktumu.”

 

5. Masa depan berubah, Kwon Min Ju dan Jung In Gyu masih hidup

IMG 4874

Setelah Han Jun Hee berhasil menyelamatkan Kwon Min Ju, masa depan pun berubah. Para karakter utama menjalani kehidupan masa depan yang berbeza

Kwon Min Ju dan Jung In Gyu masih hidup. Walaupun tidak diceritakan, kemungkinan besar hubungan keduanya masih baik-baik sahaja. Mereka berdua mengejar karier dan masa depan masing-masing.

Masa lalu Han Jun Hee dan Nam Si Heon juga berbeza. Keduanya baru bertemu lagi pada tahun 2011, tetapi, kisah cinta mereka kemungkinan akan berlanjutan.

A Time Called You (2023) menyajikan pengakhiran yang memuaskan dan momen yang sukar dilupakan.

Bagaimana pula pendapat anda? Sudahkah anda tonton “A Time Called You” ini?

Baca lagi: Baca lagi: 10 filem dan Kdrama Romantik Vibe Seperti “A Time Called You”
Baca juga: A Time Called You, Siapakah Pembunuh Sebenar Kwon Min Ju? Mengejutkan