Home News Penjinak Ular Indonesia Maut Dipatuk King Cobra

Penjinak Ular Indonesia Maut Dipatuk King Cobra

0

Pengasas yang juga merupakan Ketua Yayasan Sioux Ular Indonesia, Aji Rachmat Purwanto dilaporkan meninggal setelah dipatuk ular berbisa tedung selar atau lebih dikenali sebagai king cobra. Aji Rachmat sempat dikejarkan ke hospital tetapi ternyata bisa tedung selar tersebut sudah meresap masuk ke semua urat saraf dan lelaki malang itu tidak dapat diselamatkan.

CC9818BA 62B2 45E1 A5D1 C056D7AAAF9C

Dia menghembuskan nafas terakhir pada Selasa pada pukul 01.32 waktu tempatan di Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Khabar duka tersebut turut dikongsikan melalui sebuat muat naik hantaran di laman Instagram rasmi Sioux Indonesia @ular_indonesia.

Dari hantaran tersebut sebuah makluman dikongsikan bahawa Aji Rachmat meninggal dunia di RS Ulin Banjarmasin, Kalimantan Selatan pada hari Selasa, 14 Februari 2023.

1082FE8E C877 4A1D A919 C9C1EFFF3D15

Saat diminta untuk memberikan pengesahan, perwakilan perhubungan sementara Sioux Ular Indonesia iaitu Rizky Akbar menyatakan bahawa arwah Aji Rachmat dipatuk oleh seekor tedung selar sewaktu dia sedang memberi latihan kepada pelatih-pelatih penjinak ular di Banjarmasin.

“Memang benar khabar duka iaitu salah seorang pengasa Sioux iaitu Aji Rachmat Purwanto telah ditimpa musibah dipatuk ular tedung selar pada 12 Februari 2023 di Banjarmasin dan langsung dikejarkan ke hospital berdekatan,” kata Rizky sewaktu dihubungi oleh wartawan.

Sewaktu arwah Aji Rachmat mendapatkan rawatan, pengurus yayasan dan rakan-rakan anggota Sioux telah berusaha habis-habisan untuk membantu arwah Aji Rachmat supaya dapat bertahan.

Rizky turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas rasa simpati, empati, serta doa yang disampaikan untuk arwah Aji Rachmat dan keluarga.

“Semoga Allah mengampuni beliau dan menerima segala kebaikan yang telah beliau lakukan selama hidupnya, dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan kesabaran,” katanya.

Sementara itu penyebab kematian Aji Rachmat dikabarkan kerana patukan berbisa ular tedung sear tersebut, bisanya sudah merebak dan sukar untuk dirawat. Aji Rachmat dipatuk ular tedung selar sewaktu melatih penjinak ular lain pada waktu petang tersebut.

160276C2 3478 4AF7 8FD9 8368441436FA

Dalam acara latihan itu, Aji Rachmat melatih para petugas Bomba Pemadam Kebakaran dan Penyelamatan di Kalimantan Selatan dan Kalimantan Tengah. Namun nasib malang menimpa apabila insiden tidak terduga terjadi di tengah-tengah latihan.

“Kita juga kebingungan dan cemas dan sebenarnya tidak menyangka insiden itu berlaku,” kata Ketua pasukan Animal Rescue Banjarmasin iaitu Anang Dwijatmiko.
“Ini merupakan insiden pertama di tempat kita, lagi-lagi melibatkan waktu latihan,”
tambahnya.

C8975659 CF42 4B0E 8066 EAB53E8B3C0B

Melalui Sioux Indonesia, Arwah Aji Rachmat dikenai aktif memberikan pendedahan dan pendidikan mengenai ular kepada masyarakat termasuklah cara pengendalian dan penyelamatan haiwan berbisa tersebut.

Sioux diasaskan oleh Aji Rachmat, Edwin, Irwan, dan Lydia pada 23 November 2003 dan kemudian berubah menjadi sebuah yayasan pada tahun 2010. Arwah Aji Rachmat memegang jawatan sebagai Ketua Yayasan Sioux Ular Indonesia.

Baca Lagi: Kim Soo Hyun Pelakon Termahal Korea

Baca Juga: Cristiano Ronaldo Mendapat Pampasan