Home Kdrama/Kmovie Penonton Tertipu dengan Wajah Polos 5 Psikopat dalam Drama dan Filem Popular...

Penonton Tertipu dengan Wajah Polos 5 Psikopat dalam Drama dan Filem Popular tvN Ini, Plot Twist Habis

0

tvN kerap menyajikan drama dan filem yang bergenre jenayah dan misteri. Selain itu, beberapa buah drama dan filem tvN juga menampilkan watak psikopat yang mempunyai paras rupa yang sangat manis dan polos.

Bermula dari watak Jung Ba Reum dalam drama Mouse (2021) hingga Ju In Sung dalam Blind (2022), berikut dibawah ini adalah 5 watak psikopat yang telah menipu para penonton dengan wajah polos mereka dalam drama dan juga filem tvN. Benar-benar membuatkan para penonton terkejut!

 

1. Jung Ba Reum – Mouse (2021)

cb590b6a 8844 40ec 9685 12f9d9f0fbc4Jung Ba Reum adalah watak utama dalam drama Mouse (2021). Drama ini mengisahkan tentang anggota polis yang baik dan jujur yang ternyata memiliki sisi lain yang sangat gelap. Disebabkan drama tersebut, ramai penonton yang masih melihat sosok Jung Ba Reum dalam diri Lee Seung Gi walaupun dia membawa watak lain.

Sebelum drama Mouse, Lee Seung Gi kerap membawa watak-watak yang ceria dan teman lelaki yang penyayang. Dia juga tampil sebagai lelaki yang baik dan manis seperti dalam drama Law Cafe (2022).

 

2. Andrew – Happiness (2021)

388bbb2e 0433 4014 b82f 1700fd8b0c00Watak Andrew yang dibawa oleh Lee Joo Sung bukanlah watak utama dalam drama Happiness (2021). Dia adalah salah seorang penyewa di Seyang Forest Le Ciel yang tinggal di unit 201. Mempunyai paras rupa yang awet muda dan manis, ternyata Lee Joo Sung membawa karakter seorang psikopat dalam drama tersebut. Akhirnya dia juga berubah menjadi zombie.

 

3. Jang Joon Woo – Vincenzo (2021)

cd968b5f a2c9 4140 bede 0717ef356ed0Dalam beberapa episod awal, watak Jang Joon Woo yang dibawa oleh Taecyeon sangat disayangi oleh para peminat kerana perwatakannya yang baik dan polos. Ternyata dia adalah dalang bagi pelbagai kes jenayah dalam drama Vincenzo (2022). Digelar sebagai Babo, Jang Joon Woo juga dianggap pencuri hati oleh para penonton.

4. Do Shik – Midnight (2021)

PsikopatWi Ha Joon mencuri perhatian melalui wataknya sebagai Polis Hwang Jun Ho dalam drama Squid Game (2021). Dalam filem Midnight (2021) terbitan tvN, dia membawa watak lelaki psikopat yang bernama Do Shik.

Oleh kerana wataknya dalam Squid Game yang meninggalkan kesan mendalam di hati para penonton, kini para peminat memang setia menantikan projek-projek terbarunya. Penonton juga menganggap walau dia membawa karakter jahat, Wi Ha Joon dalam filem Midnight tetap mencuri hati dengan lakonan dan wajah manisnya.

 

5. Ju In Sung – Blind (2021)

Drama koreaTernyata watak Jung In Sung yang dibawa oleh Park Ji Bin adalah psikopat dan pembunuh kejam dalam drama Blind. Ramai penonton yang jatuh hati dengan Park Ji Bin kerana watak berkesannya sebagai villain dalam drama ini, kejutan yang sangat berjaya. Meski sudah berusia 29 tahun, dia masih dianggap awet muda dan sangat comel!

Baca lagi: 10 Drama Cina Penuh Intens Ini Angkat Kisah Tentang Psikopat
Baca juga: Agak Underrated, 9 Drama Korea Tentang Psikopat yang Penuh Misteri, Kisah Jenayah Ngeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here