Home Bollywood/India Penuh Teka Teki dan Kisah Jenayah Berat, Ini 10 Siri dan Filem...

Penuh Teka Teki dan Kisah Jenayah Berat, Ini 10 Siri dan Filem Misteri Thriller India Terbaik

0

Dalam beberapa tahun terakhir ini, genre misteri thriller semakin popular dan mencuri perhatian ramai orang.

Genre ini biasanya mengikuti proses penyiasatan kes jenayah pembunuhan yang penuh misteri dan mengejutkan.

Di pertengahan atau akhir cerita, penonton juga disajikan dengan plot twist mengejutkan. Jika anda sukakan genre misteri thriller, berikut ini adalah 10 cadangan filem dan siri India yang boleh ditonton.

 

1. Game (2011)

Filem india

Kabir (Anupam Kher) adalah ahli perniagaan kaya yang mengundang empat orang tetamu ke rumahnya di Greece. Mereka adalah Neil (Abhishek Bachchan), Vikram (Jimmy Shergill), Om Prakash (Boman Irani), dan Tisha (Shahana Goswami). Keempat-empat tetamu itu memiliki masalah hidup yang berbeza-beza. Neil mempunyai masalah dengan mafia, Vikram perlu menghadapi penyakit kanser dan kariernya yang redup, Om Prakash dituduh sebagai pemakan rasuah, manakala Tisha menyimpan rahsia yang gelap.

 

2. Talaash: The Answer Lies Within (2012)

Siri india

Filem ini mengikuti kisah seorang pegawai polis bernama Suri (Aamir Khan) yang ditugaskan untuk menyiasat kes kematian seorang pelakon terkenal. Pakon itu ditemui mati lemas selepas keretanya mengelak sesuatu di atas jalan raya lalu terjunam ke lautan. Siasatan berlangsung perlahan kerana Suri sering melamun memikirkan masalahnya dengan isterinya, Roshni (Rani Mukerji).

 

3. Drishyam (2015)

39ebbdf2 1c4b 4deb 9c7c f63a104fc68b

Drishyam adalah remake dari filem Malayalam berjudul sama yang ditayangkan pada tahun 2013. Ajay Devgan digandingkan dengan Tabu sebagai pelakon utama dalam filem ini. Drishyam mengikuti kisah perjuangan seorang ayah yang mahu melindungi anaknya dari tuduhan jenayah membunub.

 

4. Drishyam 2 (2022)

90b0f972 31ab 472b 983d 22856668c699

Meneruskan kisah filem pertamanya, Drishyam 2 mengikuti kisah Vijay tujuh tahun kemudian untuk melindungi anaknya. Tujuh tahun dan masih tiada sesiapa menemui mayat anaknya, Meera (Tabu) memanggil detektif senior untuk meneruskan pencarian. Vijay semakin tertekan kerana ada orang yang melihat Vijay menanam mayat tujuh tahun lalu.

 

5. Missing (2018)

176abc66 032d 4e5f 89bd d15d96324e6f

Sushant Dubey (Manoj Bajpayee) pergi ke rumah penginapan di Mauritius atas urusan pekerjaan. Dia pergi bersama isterinya, Aparna (Tabu), dan anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun, Titli. Pada malam hari, Aparna melihat lelaki asing mengintip di jendela bilik mereka.

 

6. Pataal Lok (2020)

Siri

Pataal Lok diadaptasi dari novel berjudul The Story of My Assassins karya Tarun Tejpal. Siri ini mengikuti kisah dua orang polis yang menyiasat kes cubaan bunuh seorang ahli politik. Pataal Lok meraih pujian ramai orang dari segi cerita, persembahan lakonan, dan penulisan skrip. Pataal Lok berada dalam senarai 10 siri web India paling popular pada tahun 2020.

 

7. Suzhal: The Vortex (2022)

8c007138 de02 4ff3 adbb cc7557a11029

Suzhal: The Vortex adalah siri berbahasa Tamil yang terdiri dari lapan episod. Siri ini mengikuti proses siasatan kehilangan penduduk kampung yang penuh misteri. Selepas disiasat, kes kehilangan penduduk sebenarnya berkaitan dengan rahsia gelap kampung tersebut yang telah lama disembunyikan.

 

8. Dahaad (2023)

Jenayah

Dahaad adalah siri web India pertama yang ditayangkan di Berlin International Film Festival. Dahaad menceritakan tentang Inspektor Anjali (Sonakshi Sinha) yang ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan bersiri di bandar tempat tinggalnya. Dahaad juga menyoroti sudut pandangan pembunuh bersiri yang bernama Anand (Vijay Varma). Anand yang bermasalah dengan keluarganya, melampiaskan amarah dengan cara membunuh ramai wanita.

 

9. Neeyat (2023)

48bce076 e7df 416b 868c e3a6eedecb94

Ashish Kapoor (Ram Kapoor) adalah ahli perniagaan dan kini syarikatnya muflis. Oleh sebab keadaannya yang muflis, Ashish tidak dapat membayar gaji pekerjanya selama dua tahun. Di tengah-tengah masalah yang dihadapinya, Ashish mengadakan majlis mewah untuk meraikan hari lahirnya. Dia mengundang rakan sekerja, keluarga, dan sahabat ke pulau peribadi miliknya.

 

10. P I Menna (2023)

India

Detektif Meenakshi (Tanya Maniktala) dihantui oleh masa lalunya yang kelam selama bertahun-tahun. Walau dia masih tertekan, Meenakshi tetap perlu menyelesaikan kerjanya tepat waktu. Meenakshi semakin tertekan sejak menyiasat kes langgar lari yang meragut nyawa seorang remaja. Selepas mencari petunjuk dan barang bukti, Meenakshi yakin bahawa ada orang yang sengaja membunuh mangsa kerana motif tertentu.

Selain menyajikan teka-teki yang rumit, sepuluh filem dan siri misteri thriller di atas ini juga menambahkan elemen aksi dan drama dalam ceritanya. Lakonan memukau dari para pelakon juga membuatkan filem dan siri ini semakin menarik untuk ditonton.

Baca lagi: Tayangan Oktober, 6 Dokumentari Netflix Sajikan Kisah tentang Penjenayah Kejam Sebenar
Baca juga: 5 Filem India Ini Gambarkan Pembalasan Pada Pembunuh yang Meragut Kebahagiaan Orang Lain