Home Kdrama/Kmovie Penulis Selami Kehidupan Renjer Untuk Naskhah Thriller Misteri ‘Jirisan’

Penulis Selami Kehidupan Renjer Untuk Naskhah Thriller Misteri ‘Jirisan’

0

Drama Korea popular seperti ‘Kingdom’ dan ‘Signal’ merupakan buah fikiran penulis Kim Eun-hee.

Dalam sebuah temu bual dengan The Korea Times, beliau berkongsi tentang naskhah terbarunya yang amat dinanti-nantikan peminat iaitu ‘Jirisan’.

Ceritanya, konsep untuk siri ini sudah lama terperap dalam fikirannya selama beberapa tahun. Beliau selalu tulis fasal bunuh-bunuh orang, kali ini dia nak cari self-healing dalam karyanya.

Oleh itu, latar gunung dan kehijauan alam semula jadi menjadi pilihannya serta bercerita mengenai renjer yang menyelamatkan nyawa orang.

Berlatarkan Taman Negara Jirisan, sempadan antara Wilayah Gyeongsang dan Wilayah Jeolla, kisah misteri di gunung itu melingkar di sekeliling dua orang renjer gunung iaitu Seo Yi-gang (Jun Ji-hyun) dan Kang Hyun-jo (Ju Ji-hoon) yang bertugas jaga tempat itu dan selamatkan orang.

Penulis turut mendedahkan bahawa beliau banyak buat research mengenai renjer sewaktu proses mengembangkan cerita.

“Pada mulanya, saya ingat operasi menyelamat di gunung sama seperti di bandar di mana perlu dial nombor pasukan penyelamat. Namun bila diteliti, rupanya lain. Bila kemalangan terjadi di kawasan pergunungan, renjer hutan yang dikhaskan jaga tempat itu adalah orang terbaik untuk mengetuai pencarian.

Selain minat jalur pendakian di Gunung Jiri itu, beliau turut belajar sesuatu tentang kehidupan.

“Saya dengar panjat Gunung Jiri makan masa lebih dari satu hari. Para pendaki akan membawa beg-beg berat dan mendaki selama dua atau tiga hari,” katanya.

“Mendaki gunung ini bukan sekadar aktiviti, tetapi juga mempraktikkan kesabaran.”

“Gunung Jiri mempunyai sejarah panjang dan menyimpan banyak cerita. Dan saya membayangkan bagaimana setiap orang yang mendaki gunung itu pasti mempunyai cerita dan pemikiran berbeza ketika berada di jalur pendakian,” kata Kim lagi.

Gunung Jiri diiktiraf sebagai Taman Negara pertama Korea pada tahun 1967 dan merupakan gunung kedua tertinggi di negara itu dengan ketinggian 1.915 meter.

Terakhir, beliau menambah “Saya berharap pemandangan Gunung Jiri ini dapat melarikan minda penonton sejenak daripada realiti dan menawarkan momen refreshment.