Penyanyi terkenal dari Korea Selatan yang dikenali sebagai Tei akan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya yang bukan selebriti!
Tei akan berkahwin pada 29 Mei 2023
Baru-baru ini penyanyi dan pemuzik Korea Selatan iaitu Kim Ho Kyung atau lebih biasa dengan panggilan Tei mengejutkan para peminat di laman Fancafe. Pemuda yang dilahirkan pada tahun 1983 itu membuat satu kenyataan tentang perkahwinannya dengan seorang gadis dari kalangan non-selebriti dalam waktu dekat ini.
Tei juga meminta sokongan dan restu untuk kehidupan barunya tersebut. Jom kita lihat laporan selengkapnya di sini:
1. Minta restu dan sokongan untuk berkahwin dengan non-selebriti
Pada 17 April 2023, Tei berkongsi satu berita yang sungguh mengejutkan dengan para peminat setianya melalui lama rasmi Fancafe miliknya. Penyanyi yang kini sudah berumur 40 tahun itu mengumumkan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga dengan kekasih pujaan hatinya yang merupakan seorang non-selebriti.
Penyanyi tampan tersebut belum lagi berkongsi khabar bahagia itu kepada keluarga, Tei buat pertama kalinya mengumumkan berita tersebut kepada para peminat melalui laman Fancafe.
“Saya masih terasa janggal dan kekok serta belum memberitahu rakan-rakan dan keluarga saya mengenai perkara ini. Jika para peminat semua memberikan restu dan sokongan yang tulus, saya pasti tidak akan pernah melupakannya,” tulis Tei.
Baca Lagi: 11 Pasangan Doktor Yang Paling Diminati Dalam Kdrama
2. Bertemu di sebuah acara
Dalam kenyataan yang sama, Tei mengaku bahawa dia bertemu dengan calon isterinya buat pertama kali di sebuah acara. Dari sana kedua-duanya semakin rapat hingga akhirnya memutuskan untuk berkahwin.
“Saya bertemu seseorang yang sangat saya hormati dan hargai. Dan sekarang saya ingin membina hidup dan mendirikan rumah tangga dengan insan istimewa itu,” tambahnya.
3. Bakal isterinya berusia setahun lebih muda
Pemuzik yang kini berada di bawah naungan HIS Entertainment itu mengaku bahawa bakal isterinya berusia setahun lebih muda daripadanya. Tambahan lagi, Tei mendedahkan bahawa pasangannya itu sangat sopan, baik hati, dan lebih dewasa dari orang-orang yang seumurannya dengannya.
“Bakal isteri saya setahun lebih muda, tapi dia hidup dalam lingkungan yang agak sukar sejak zaman persekolahannya sehingga lebih tingkahnya tampak lebih dewasa dan matang daripada rakan-rakan sebayanya.”
4. Tei umumkan tarikh perkahwinannya
Saat ini, agensi menyatakan bahawa Tei sedang mempersiapkan urusan perkahwinannya. Rancangannya, dia akan mengadakan majlis perkahwinan yang berkonsepkan outdoor pada 29 Mei 2023 di sebuah padang golf.
Wah! selamat berbahagia buat Tei dan bakal
Isterinya. Semoga persiapan perkahwinan dan upacara majlis penyatuan hati Tei dan bakal isteri berjalan lancar!
Baca Juga: Fakta Menarik Watak Kim So Yeon Sebagai Cameo Dalam “Taxi Driver 2”