GEORGE TOWN – Perlawanan Liga Super antara Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Bandaraya di sini, malam tadi dicemari dengan insiden pergaduhan.
Pergaduhan membabitkan kumpulan penyokong dua negeri berkenaan berlaku selepas perlawanan berakhir.
Mereka dikatakan bergaduh di pekarangan sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 500 meter dari stadium.
Baca juga: Wanita Ini Redha, Terima Bakal Suami Hidap HIV – ‘Orang Hidap HIV/AIDS Juga Berhak Berumahtangga’
Baca juga: Cara Nak Dapatkan Cas Delivery Serendah RM1 Dalam Aplikasi Grab, Ikuti Sahaja Langkah-Langkah Ini
Berdasarkan satu video tular berdurasi satu minit 42 saat itu, penyokong kedua-dua pihak dilihat mengeluarkan kata-kata provokasi.
Sehingga pada satu peringkat, tercetus pergaduhan sebelum masing-masing bertindak membaling objek dipercayai botol minuman.
Keadaan menjadi tenang selepas pihak polis hadir di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan insiden tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen:
@darkmocha: Eh takdak apa aih ni. Kami org utara mmg mcmni. Melawak kasaq ja ni hehe
@harislozzu: klau ada budak kcik cmna la kn
@Vikielemperu2211: org kedah buat hal kat penang
@Alex: pemain bola makin kaya ,penonton pula makin rugi gaduh2 ,bukan juga dikasi Wang pun
@Mohd Sofi499: SANUSI punya angkara orang Penang dah mula benci dgn orang Kedah
@Muszmustapha: liga B o d o h pun nak gaduh . sakit2 badan pun JDT jugak juara tak payah gaduh2
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.