V BTS pernah memberitahu peminat tentang perancangannya untuk berkahwin suatu hari nanti. Namun, nampak gayanya seperti hal itu tidak akan terjadi.
Di dalam preview BTS Season’s Greetings 2022 (release sejak lima bulan yang lalu), suasana menjawab kuiz secara tiba-tiba menjadi riuh rendah. Terdapat banyak plot twist yang mengejutkan telah berlaku.
Salah satunya, apabila BTS membuka tajuk tentang persahabatan abadi mereka. Menurut Jimin, kesemua ahli BTS tidak boleh hidup tanpa satu sama lain. “Dan macam itulah cara kami akan menjadi tua” kata Suga.
Kemudian, V telah membuat satu pengumuman yang kelakar dan mengejutkan. Dia memberitahu bahawa dia akan menikahi semua ahli BTS nanti. BTS yang mendengar pengumuman it terus ketawa terbahak-bahak, begitu juga dengan peminat.
Lima bulan kemudian, ketika V menggunakan aplikasi Weverse untuk bersembang bersama peminat, salah seorang peminat menulis, “Kata nak kahwin dengan Bangtan!!!”
Baca lagi: Song Joong Ki Dan Park Bo Young Cuba Sorok Hubungan ‘Cinta’ Namun Gagal Gara-Gara Ini?
Baca lagi: “Kita Jumpa Lagi Nanti” – Yoo Jaesuk Sudah Ada Pelan Untuk Bersara?
V kemudian memberitahu bahawa semua ahli BTS telah menolak lamarannya. “Hahaha, mereka mesti tak nak (berkahwin dengan V) hahaha,” tulis V.
Sementara itu, setelah hadir dan melakukan persembahan di Grammy Awards 2022, BTS tetap akan berada di Las Vegas untuk konsert empat hari “PERMISSION TO DANCE ON STAGE” mereka pada 8, 9, 15 dan 16 April di Allegiant Stadium.