Home Design Pereka Barang Kemas Kongsi Proses Rekaan Cincin Tunang Pasangan Selebriti K-Pop Ini

Pereka Barang Kemas Kongsi Proses Rekaan Cincin Tunang Pasangan Selebriti K-Pop Ini

0

Pada 3 Februari lalu, HyunA dan DAWN memuat naik foto dan video mereka memakai cincin tunang. Pasangan selebriti ini mula bercinta sejak 2016 sebelum umumkan kepada orang ramai dua tahun kemudiannya sekali gus memecah tradisi K-pop.

1643911028 image

Apabila cincin unik itu tular, pereka barangan kemas tersebut berkongsi tentang proses rekaannya. Dia tulis:

“Hello semua, membuat rekaan cincin untuk pasangan ini merupakan satu penghormatan bagi saya.

Saya ingin menegaskan bahawa cincin itu hanya direka khas untuk merpati dua sejoli itu, dan tidak akan pernah ada salinan atau duplikasi.

Cincin itu diperbuat daripada emas putih bertatahkan permata baiduri dan 7 berlian berbeza bentuk dan warna.

658e6326 5f7a 4173 9d2f 844dec51ec10 7390c88c

DAWN datang berulang ke studio saya selama sebulan lebih, malah pilih sendiri batu-batu permata dan berlian itu.

Kami turut berhadapan dengan cabaran teknikal, penangguhan proses dan terpaksa cuba benda baru bagi menyelesaikan masalah.

Baca lagi: Chansung Bakal Berkahwin Dengan Wanita Berusia 40 Tahun + JYP Entertainment Beri Tindak Balas

Baca lagi: ‘Dispatch’ Dedah Gambar Perkahwinan Tertutup Park Shin Hye Dan Choi Tae Joon, Ramai Artis Turut Hadir

Terlalu banyak masa, usaha dan kasih yang dicurahkan ke atas cincin-cincin itu, dan sakit jiwa raga saya melihat orang berandaian macam-macam tentang hasil kerja ini tanpa usaha untuk bertanya dulu.

Terus terang cakap, kos cincin mereka ini boleh buat bayar sewa rumah saya setahun. #loveisntcheap

Apa pun, saya sangat gembira melihat pasangan bahagia ini dan nampaknya cincin yang tersarung di jari-jari itu juga tumpang gembira!”

Sumber: SBS