Perjalanan Karier Lee Do Hyun yang terlibat cinta lokasi dengan Lim Ji Yeon. Dia mempunyai impian untuk melangkah kaki ke dunia Hollywood!
Khabar bahagia sekaligus mengejutkan datang dari pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Lee Do Hyun. Dunia hiburan digegarkan pada Sabtu, 1 April 2023 apabila pelakon kacak ini dan Lim Ji Yeon mengaku sedang hangat menjalin hubungan cinta. Nampaknya berita bahagia ini turut membuat para pencinta Kdrama berasa senang serta turut sama bahagia dan sekaligus sama-sama mendoakan kebahagiaan mereka.
Baca Lagi: Pengalaman Barisan Bintang Utama Dalam The Glory
Lee Do Hyun yang selalu memberi persembahan lakonan yang hebat telah membuat para peminatnya kagum dengan bakat seni yang dimilikinya. Buat para penonton Kdrama yang masih tertanya-tanya tentang perjalanan karier pelakon yang kini berusia 27 tahun ini, jom kita baca beberapa ulasan berikut ini:
1. Sebelum membintangi drama siri, Do Hyun memulakan karier lakonannya dengan terjun ke dunia seni lakon teater. Dia memulakan kerjaya lakonan dengan menjadi seorang pelakon pentas teater.
2. Dia memulakan debut di kaca TV pada usia 22 tahun melalui drama siri Prison Book dan membawa watak sebagai Lee Joon Ho sewaktu masih muda.
3. Namun, Lee Do Hyun dikenali oleh para peminat KDrama sewaktu dia melakonkan watak sebagai Ko Choeng Myung dalam drama siri Hotel Del Luna.
4. Pada tahun 2020, jejaka yang berbintang zodiak aries ini akhirnya membuat debut sebagai watak utama dalam drama siri 18 Again.
5. Do Hyun berharap dia boleh berlakon dalam drama siri dan bergandingan dengan IU kembali dalam drama siri yang bergenre melodrama!
6. Sewaktu baru berusia sekitar 21 atau 22 tahun, teman lelaki Lim Ji Yeon ini pernah memutuskan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya kerana dia mahu menjiwai sebuah watak lakonannya!
7. Pelakon drama siri The Glory ini memiliki impian untuk bisa debut di Hollywood suatu hari nanti!
8. Sewaktu menyertai sesi ujibakat untuk drama siri Sweet Home, Lee Do Hyun pada asalnya menyertai sesi ujibakat untuk watak utama juga!
9. Bukan hanya handal dalam dunia lakonan dalam drama siri, Lee Do Hyun juga sering diundang untuk menjadi bintang jemputan dalam Running Man sebanyak tiga kali!
Kerja kuat dan komitmen jitu dari Lee Do Hyun untuk kerjayanya semakin membuahkan hasil apabila namanya kini semakin melonjak naik. Semoga karier kekasih hati Lim Ji Yeon ini semakin bersinar di masa depan, ya!
Baca Juga: Bintang “The Glory” Lim Ji Yeon & Lee Do Hyun Disahkan Bercinta