Home Artis Korea Perjalanan karier Woo Do Hwan hingga bergabung dengan H And Entertainment

Perjalanan karier Woo Do Hwan hingga bergabung dengan H And Entertainment

0

H And Entertainment mengumumkan tentang gabungan antara pihak mereka dengan Woo Do Hwan pada 10 Julai 2023 baru-baru ini.

Tentu sahaja, berita gabungan ini menjadi khabar yang cukup mengejutkan bagi orang ramai dan juga peminat setia pelakon lelaki terkenal tersebut.

Jika kita melihat bagaimana gigihnya Woo Do Hwan mengembangkan kerjayanya, pasti ramai bersetuju bahawa pelakon ini memang sebenarnya adalah seorang jejaka yang sangat bekerja keras dan tidak mengenal putus asa. Woo Do Hwan mempunyai perjalan kerjaya yang cukup panjang untuk sampai ke titik ini seperti sekarang.

Jom sama-sama kita baca maklumat seperti di bawah ini:

1. Woo Do Hwan merupakan lulusan Universiti Dankook yang mengambil jurusan persembahan dan filem

c895aede 8aa2 439f 8053 c70790fea6af

2. Dia bukanlah bintang yang terus bersinar dengan nama yang terus meledak di dunia seni hiburan, dia memulakan kariernya sebagai cameo dalam drama siri You’re Here, You’re Here, You’re Really Here (2011) dan Shut Up Flower Boy Band (2012)

54045542 4e05 4599 ae99 d0942bb89715

3. Namanya kian menjadi bualan ramai ketika menerima dua tawaran drama sekaligus dalam satu tahun, drama-drama tersebut adalah Save Me (2017), dan Mad Dog (2017)

d2dad330 c1f0 49ce 9972 d9c144c97324

4. Akhirnya, Woo Do Hwan diberi kepercayaan untuk menjadi pelakon utama bersama Moon Ga Young dalam drama siri The Great Seducer (2018)

fc96d279 f54c 4f66 8870 0e5693cf4412

5. Kali ini, Woo Do Hwan mencuri perhatian kerana lakonan hebatnya yang berjaya membawa dua watak iaitu sebagai Jo Young / Jo Eun Sup di The King: Eternal Monarch (2020)

Woo do hwan

6. Apabila namanya sedang meningkat naik, pelakon muda ini terpaksa berehat seketika dari dunia seni untuk melaksanakan latihan ketenteraan wajib pada bulan Jun tahun 2020

Woo doo hwan

7. Bukan menjunam atau kehilangan taring, kariernya semakin meningkat selepas menyempurnakan latihan ketenteraan wajibnya. Dia terus mendapat tawaran sebagai pelakon utama dalam projek terbarunya, seperti Joseon Attorney: A Morality (2023), dan juga Bloodhounds (2023)

Woo do hwan

8. Selesai sahaja promosi Bloodhounds, Woo Doo Hwan terus bergabung dengan H And Entertainment. Ini bermaksud secara rasmi dia telah meninggalkan Keyeast

3599dfd4 9cff 4c0f af3f 041302da364e

Dipetik dari Soompi, CEO H And Entertainment, Hong Minki, juga turut memberi komen, “Kami bangga dapat bekerja sama dengan pelakon Woo Do Hwan, yang telah menunjukkan jangkauan lakonannya yang luas melalui berbagai produksi.”

CEO itu juga menjamin akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk Woo Do Hwan di masa depan. Semoga terus maju jaya Woo Do Hwan!

Baca lagi: Revenant – Misteri Keluarga Yeom Hae Sang
Baca juga: 9 lagu Kpop tentang ketakutan akan perpisahan, boleh relate?