Home Entertainment Perkahwinan Jung Kyung Ho & Sooyoung Semakin Dekat?

Perkahwinan Jung Kyung Ho & Sooyoung Semakin Dekat?

0

Adakah perkahwinan pelakon utama siri Netflix Crash Course In Romance dan kekasih hatinya iaitu pelakon dan juga penyanyi yang merupakan anggota kumpulan Girl’s Generation iaitu Sooyoung semakin dekat?

Apabila berbicara soal cinta dan perhubungan istimewa selebriti-selebriti Korea Selatan, hubungan kasih sayang dan romantik antara Jung Kyung Ho dan Sooyoung sering menjadi perhatian dan membuatkan para peminat sentiasa ingin tahu perkembangan mereka.

34ED6DD2 BC43 476A BAF3 00655E2E1499 186FA593 E894 4E38 9F5F 514EF5ACB3F0

Walaupun kedua pasangan merpati sejoli ini tidak terlalu terbuka mengenai hubungan romantik dan perancangan masa depan mereka bersama, mereka berdua sering mendapat perhatian media dan juga para peminat berkaitan dengan hubungan romantik mereka.
Seperti pasangan selebriti yang lain, Jung Kyung Ho dan Sooyoung sering dilihat keluar bersama untuk berjanji temu dan meluangkan masa. Mereka juga turut keluar bersama-sama dengan pasangan selebriti lain seperti Park Shin Hye dan Choi Tae Joon.
Baru-baru ini mata netizen yang tajam telah berjaya menangkap kelibat Jung Kyung Ho dalam hantaran gambar di laman Instagram milik Sooyoung. Menariknya para peminat berjaya mengesan refleksi gambar Jung Kyung Ho melalui pantulan cermin. Pastinya tidak boleh lari dari daya pemerhatian tinggi oleh para peminat.

003325CF 20E4 4E12 85FE F1AA912D695F

Para peminat beramai-ramai membanjiri ruangan komen di laman Instagram Sooyoung dengan ucapan manis dan menyatakan betapa bahagianya mereka berdua bersama-sama.
Tahun 2022 menyaksikan selebriti-selebriti hangat mendirikan rumah tangga dan berbahagia, pada tahun 2023 pula jadual perkahwinan pelakon terkenal Lee Seung Gi dan Lee Da In dijangka bakal menjadi perkahwinan gilang-gemilang yang bakal diingati semua.
Mungkin sahaja pasangan dua sejoli Jung Kyung Ho dan Sooyoung bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Nampaknya para peminat sudah tidak sabar-sabar untuk menyaksikan pasangan ini naik pelamin dan memulakan hidup baru bersama.
838F60EE 5B16 40EF 887C 63A7ED2DCDFFBaru-baru ini Jung Kyung Ho telah membintangi sebuah drama siri hit yang bertajuk Crash Course In Romance dan siri tersebut telah mendapat perhatian seluruh dunia dengan jalan cerita dan pembawaan watak yang sangat berkesan.
Baca Lagi: Bakal Mertua Lee Seung Gi Yang Penuh Kontroversi
Selepas siri Netflix tersebut sampai ke finale, Jung Kyung Ho dijemput untuk menghadiri beberapa sesi wawancara dan pastinya nama kekasih hatinya tidak lekang menjadi subjek untuk pertanyaan dalam setiap wawancara. Apabila pertanyaan mengenai perkahwinan timbul, pelakon kacak itu dengan tenang menjawab, “saya tidak mempunyai sebarang perancangan lagi untuk berkahwin”.
63B8DED5 8625 42EC A53D E1230FDC9EE7Pastinya itu adalah jawapan selamat yang sering digunakan oleh para selebriti supaya mereka tidak lagi diasak oleh sebarang soalan peribadi. Seterusnya Jung Kyung Ho memberi komen yang menunjukkan bahawa dia sangat serius tentang hubungannya bersama Sooyoung, “saya pernah terfikir untuk melamarnya jika saya menang anugerah pelakon terbaik, tapi jika saya asyik berfikiran seperti itu, pasti saya tidak akan berkahwin sampai bila-bila. Jadi saya buat keputusan dan ubah rancangan, bila sampai masa yang sesuai pasti saya akan melamarnya.”
Berjanji temu (dating) adalah seolah-olah amat susah untuk dilakukan dalam suasana industri hiburan di Korea Selatan, tetapi hubungan cinta antara Jung Kyung Ho dan Sooyoung sering mendapat pujian. Reaksi positif terhadap hubungan cinta mereka turut mendapat perhatian pelakon tampan ini .
“saya rasa seronok kerana saya boleh keluar dating secara terbuka dengan Sooyoung dan mendapat sokongan dari semua. Sekarang kami sudah bercinta untuk satu tempoh masa yang panjang, akhirnya kami berdua boleh bebas keluar bersama, saya rasakan ini merupakan satu kelebihan”.
FB0D4584 2544 4ED8 A30B CAAAD7BE9F79Maklumat terbaru yang didapati, mereka berdua kelihatan keluar bersama untuk berjanji temu selepas selesai menonton sebuah persembahan muzikal untuk membersi sokongan kepada pelakon Jeon Mi Do.
Pasti perkahwinan kedua pasangan ini bakal menggegarkan industri dan mendapat liputan meluas dari seluruh dunia. Sama cantik dan sama padan, semoga hubungan mereka berakhir ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Baca Juga: Park So Dam Mendedahkan Tentang Penyakit Kansernya