Siri asal Netflix ‘The Glory,’ yang ditulis oleh Kim Eun Sook – penulis terkenal di sebalik ‘Mr. Sunshine’ dan ‘Goblin’ – menjadi perhatian sebaik sahaja tayangan perdana siri itu diumumkan.
Ia mendapat banyak perhatian kerana ia adalah drama pertama penulis Kim Eun Sook dengan Song Hye Kyo sebagai protagonis wanita dalam tempoh enam tahun sejak ‘Descendants of the Sun.’
Selepas drama itu ditayangkan, ‘The Glory’ menduduki tempat ke-5 dalam ranking dunia carta Kategori TV Netflix pada 1 Januari, hanya dua hari selepas tayangannya. Walau bagaimanapun, sesetengah penonton menasihati yang lain supaya tidak menonton drma tersebut.
Ini kerana Netflix mendedahkan bahawa siri drama ini akan terdapat dua bahagian (8 episod dalam setiap bahagian), dengan bahagian kedua dijangka akan dikeluarkan pada bulan Mac. Bahagian 1 berakhir apabila protagonis (Song Hye Kyo) memulakan dendamnya terhadap pembuli sekolahnya, yang dia rancang selama 10 tahun.
Di forum dalam talian, penonton memberi komen, “Saya menonton Bahagian 1 sepanjang malam, tetapi saya rasa saya hanya menonton treler, jadi saya marah,” “Saya hampir kehilangan nafas saya kerana menunggu,” dan “Perlu ke diorang buat dua bahagian?”
Netflix menormalkan semua episod dikeluarkan serentak dan bukannya cara tradisional Korea mengeluarkan dua episod setiap minggu. Tetapi kali ini, Netflix memutuskan untuk mengeluarkan drama bersiri dalam bahagian berasingan untuk mengelakkan pelanggan daripada berhenti melanggan.
Baca lagi: Davichi Minkyung Dikecam Teruk Kerana Cari Pekerja Yang Berpengalaman Tapi Gaji Ciput
Dengan persaingan untuk pasaran OTT/penstriman yang semakin sengit, bilangan pelanggan Netflix di seluruh dunia menjunam sebanyak 200,000 pada suku pertama tahun lalu dan lebih daripada 2 juta berhenti melanggan pada suku kedua.
Oleh itu, Netflix nampaknya telah mengambil langkah ini untuk mengekalkan pelanggan mereka iaitu dengan mengeluarkan siri secara berasingan.
Sumber: [1]