Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok irnajib76, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki berkongsi cerita di mana terdapat seorang pakcik yang beliau belanja makan di sebuah restoran. Beliau mengatakan sering makan di restoran tersebut, dan belanja salah satu meja pelanggan yang juga berada di sana. Beliau juga mengatakan pernah belanja seorang pakcik serta meminta pekerja restoran itu untuk tidak memberitahu kepada pelanggan tersebut bahawa beliau sudah membayarkan kesemua makanannya.
Selepas pada seminggu itu, beliau datang ke restoran itu dan bertembung lagi sekali dengan pakcik ini. Namun respon pakcik ini pula buat ramai yang tak sangka.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan respon pakcik itu sememangnya buat orang ramai tak sangka. Ada juga yang meminta beliau untuk berbuat baik kepada orang yang memerlukan sahaja. Netizen juga mengatakan untuk halalkan sahaja tindakan lelaki ini yang berbelanja pakcik tersebut makan di restoran itu.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 26.8K penonton, 304 sukaan dan 86 komen.
Baca lagi: Pelanggan Tegur Nasi Lemak Ayam RM2 ‘Mahal’, Sekali Reaksi Peniaga Ini Tarik Perhatian Ramai
Baca lagi: Risiko Berniaga Tepi Jalan, Gerai Nasi Lemak Dirempuh Kereta
Lihat klip durasi pendek perkongsian lelaki ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@ferdaus aris: lepas ni cari yg keluarga sederhana ada anak2 kecik bang
@ALoNg³⁸: Husnuzon jela dik….maybe aritu mood die ke laut kot,kne mrh dgn bini ke…gaji lmbt msok ke,
@ini blues la: lagi 1 jenis, kite mmg ajak nk belanje mnm. sekali die oder milo ais tabur.
@BraderRambutPanjang: Buat2 pekak je bang. Yg lepas kita redho kan. Yg dia pekik.. Blah kita gelakkan..
@Suzaity Ibrahim: xpe dik. niat awak ikhlas. pahala tetap dapat insha Allah. kalo nmpk pakcik tu gi kedai lain ok. teruskn berbuat baik je.
@Hanafijohson96: ada jenis tak suka mcm ni ..dia rasa harga diri dia dilambung² bang ..sbb tu sy selalunya buat dekat warung² ,gelandangan, yatim ..
@user5787630637063: dia ibarat cam melepaskan anjing tersepit la..sekali kita tolong pastu dia terus ngappp..
@Ramly: jenis yg tak tahu malu ni..sekali suap dia nak lagi..dkt area tamn aku duduk ni byk mcmtu.
@user2579285998008: dia x suka kot org blanja.. maybe dia keturunan jepun
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram