Industri perfileman Thailand sudah lama dikenali sebagai salah satu industri yang menghasilkan genre seram yang cukup menggerunkan.
Selain filem, Thailand juga telah menghasilkan beberapa siri atau drama seram yang sangat popular.
Bukan hanya seram, drama-drama Thailand ini juga dibintangi oleh pelakon-pelakon menawan dan berbakat besar. Berikut dibawah ini adalah beberapa buah drama seram Thailand yang mungkin akan menarik minat anda.
1. Enigma (2023)
Enigma mengisahkan tentang Fa (Prim Chanikarn), seorang murid di sebuah sekolah elit yang mana semua pelajarnya bercita-cita besar. Namun, keanehan demi keanehan mula terjadi di sekolah Fa yang membuatnya mula curiga. Tambahan pula, kehadiran seorang guru baru bernama Ajin (Win Metawin) yang menyimpan sebuah misteri. Adakah Ajin mempunyai hubung kait dengan fenomena aneh dan mistik di sekitar sekolah Fa?
Baca lagi: Sepanjang 10 Tahun, Ini 10 Kdrama Seram Ghaib dan Thriller Misteri Dengan Rating Tertinggi Di MyDramaList
2. Midnight Museum (2023)
Siri ini mengisahkan tentang Dome (Gun Atthaphan) seorang barista yang kafenya diambang kemusnahan dan bakal muflis. Dia menerima tawaran kerja dari salah seorang pelanggannya iaitu Khata (Tor Thanapob), dia ditawarkan untuk menjadi penjaga muzium mistik yang hanya dibuka selepas matahari terbenam.
3. Girl from Nowhere (2018—2021)
Girl from Nowhere mengikuti perjalanan Nanno (Chicha Amatayakul), seorang pelajar sekolah menengah yang kelihatan seperti remaja biasa, tetapi sebenarnya memiliki kekuatan supernatural misteri, serta disyaki tidak akan mati. Nanno mendaftar dari sekolah ke sekolah sebagai murid baru. Kewujudannya sering kali mengungkap berbagai perkara mengerikan atau menyebabkan kekacauan dalam kehidupan orang-orang yang ditemuinya.
4. After Dark (2020)
After Dark terdiri dari 13 episod yang menampilkan empat kisah seram yang saling berhubungan. Setiap cerita mempunyai keunikan tersendiri. Selain itu, After Dark juga menyuguhkan agak banyak adegan panas. Tidak sesuai ditonton bersama kanak-kanak.
5. School Tales the Series (2022)
Drama seram School Tales the Series merupakan adaptasi dari film seram Thailand berjudul sama yang pernah ditayangkan pada tahun 2017. School Tales the Series merupakan antologi yang mengandungi lapan cerita hantu di sekolah yang mengerikan. Uniknya, drama ini digarap oleh enam orang pengarah Thailand yang sudah terkenal dan memang berbakat dalam bidang genre seram.
6. Long Khong The Series (2020)
Long Khong juga merupakan drama seram Thailand yang diangkat dari filem berjudul sama. Long Khong mengisahkan tentang Praewa (Ticha Wongtipkanon) yang baru menyertai pasukan cheerleader. Namun, kehadirannya membuatkan anggota lain merasa iri hati dan terancam. Setelah mengalami penindasan, Praewa menggunakan segala cara untuk mengalahkan saingannya. Termasuk dengan cara yang gelap.
7. A Gift to the People You Hate (2019)
A Gift to the People You Hate mengisahkan tentang sebuah kedai yang menjual hadiah untuk orang-orang yang anda benci. Ada empat jenis hadiah di kedai ini iaitu hadiah yang membuatkan penerima malu, atau takut, atau tersakiti, atau mati. Namun, semuanya tentu ada kesan yang menakutkan buat para pelanggan.
8. The Curse of Saree (2022)
Nuannuekaew Jaz (Baifern Pimchanok) perlu pergi ke India untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya, Nilapat (Oranate D. Caballes) dengan bangsawan bernama Chaithat (Wittaya Teptip). Namun, tiba-tiba Queen Sasiprapai (Kathaleeya McIntosh), ibu Chaithat tidak bersetuju Nilapat menjadi menantunya. Kejahatan yang melibatkan cinta tiga segi dan misteri muncul mengahntui mereka.
9. Let’s Fight Ghost Thailand (2021)
Drama seram Thailand ini merupakan adaptasi dari drama Korea bertajuk sama yang dibintangi oleh Taecyeon dan Kim So Hyun. Let’s Fight Ghost Thailand mengisahkan tentang seorang lelaki yang boleh melihat dan berkomunikasi dengan hantu. Pada suatu hari semasa sedang melakukan misinya, dia bertemu dengan hantu gadis tanpa sengaja. Bagaimanakah kisah mereka seterusnya?
10. Oh My Ghost Thailand (2018)
Sama seperti Let’s Fight Ghost, drama seram Thailand Oh My Ghost juga merupakan adaptasi dari drama Korea berjudul sama. Oh My Ghost Thailand yang juga membawa genre komedi seram romantik ini mengisahkan tentang Jiew (Nuengthida Sophon), gadis sederhana yang bekerja di sebuah restoran. Dia jatuh cinta pada Arthit (Arak Amornsupasiri), seorang chef yang tampan. Uniknya, Jiew mempunyai rahsia besar iaitu dia mampu melihat hantu. Dia diikuti oleh Khaopun (Keerati Mahaplearkpong), hantu gadis yang mempunyai misi untuk menjodohkan Jiew dengan Arthit supanya dia boleh berhenti menjadi hantu dan naik ke syurga.
Setiap drama seram Thailand di atas mempunyai daya tarikan yang berbeza-beza. Ada yang ngeri, ada juga yang dibaluti kisah romantik dan juga komedi. Jangan lupa menonton ya.
Baca lagi: Suka Uhm Tae Goo? Tonton 10 Filem Korea Terbaik Lakonannya Ini
Baca juga: 5 Filem Seram Antologi dari Thailand, Satu Filem Seram Menampilkan Pelbagai Koleksi Cerita Menakutkan