Home Entertainment Peserta ‘Physical:100’ Kim Da Young Mengaku Dia Seorang Pembuli Sekolah

Peserta ‘Physical:100’ Kim Da Young Mengaku Dia Seorang Pembuli Sekolah

0

Pada 24 Februari, Kim Da Young menulis di Instagramnya, “Saya kini menyiarkan surat ini selepas merenung selama beberapa hari dan bermuhasabah diri.”

Dia terus menulis, “Kira-kira 14 tahun yang lalu, saya mengaku saya seorang pelajar yang delinkuen. Mengimbas kembali masa lalu, saya bergaul dengan kanak-kanak popular dan mengutuk junior saya, menyakiti perasaan mereka, dengan alasan untuk mendisiplinkan mereka. Saya tidak matang dan saya kebudak-budakan.”

1677257737 image

Kim Da Young menyambung, “Saya pasti ada junior yang terluka dengan perbuatan saya ini, jadi saya ingin menggunakan peluang yang saya ada ini untuk memohon maaf. Saya benar-benar minta maaf.”

Dia menambah, “Walaupun saya meminta maaf seperti ini, ia tidak akan membuat masa lalu hilang. Jika masa mengizinkan, saya mahu secara peribadi pergi dan meminta maaf, memohon ampun kepada mangsa yang pernah saya buli.”

Kim Da Young juga meminta maaf kepada penerbit ‘Physical:100,’ penonton dan peminat. Bagaimanapun, dia mendakwa ada perkara daripada tuduhan yang dia rasa salah.

Baca lagi: BLACKPINK Jisoo Mungkin Akan Memperbaharui Kontrak Dengan YG… Sebagai Tukaran Untuk ‘Ini’?

Baca lagi: Chaeryeong ITZY Tukar Tempat Duduk Kerana Diganggu Seorang YouTuber Semasa Penerbangan

1677257718 image

Dia menjelaskan, “Saya tidak mencuri wang atau menyerang mereka secara fizikal. Memang benar saya bertindak memalukan, mengutuk dan berkata-kata yang menyakitkan hati junior saya, tetapi saya tidak pernah menyakiti mereka secara fizikal atau mengambil wang mereka.”

Akhir sekali, dia berkongsi, “Saya ingin memohon maaf dan memohon ampun tetapi saya tidak fikir ia adalah permohonan maaf yang sebenar jika saya terpaksa meminta maaf atas sesuatu yang tidak saya lakukan. Saya akan muhasabah diri atas kesalahan yang saya lakukan.”

Sumber: [1]