Peta sebuah kampung di Busan menimbulkan kontroversi kerana mendedahkan lokasi rumah nenek ahli kumpulan hit K-pop, Jungkook BTS
Menurut laporan Busan Ilbo, baru-baru ini sebuah Pusat Kebajikan Masyarakat Yeonje-gu, Busan, menerbitkan peta kampung Yeonsan3-dong.
Sama seperti peta kawasan pelancongan lain, peta ini memaparkan daya tarikan pelancong di kampung.
Namun peta ini juga menunjukkan lokasi sebuah rumah yang pernah didiami oleh nenek Jungkook.
Rumah itu dilaporkan kosong pada masa ini, dan disenaraikan di peta sebagai salah satu tarikan pelancong.
Sehubungan itu, pusat kebajikan itu menjelaskan, “Apabila kami merangka peta kampung, kami dicadangkan supaya memasukkan elemen menarik. Jadi kami memutuskan untuk memasukkan lokasi yang berkaitan dengan bintang K-pop.”
Bagaimanapun, laporan mengatakan bahawa peta itu dibuat tanpa persetujuan Jungkook atau penduduk semasa di kampung itu.
Penduduk tempatan memberitahu media bahawa ia bukan sahaja menceroboh privasi, tetapi juga menimbulkan masalah apabila pengunjung datang bertanyakan lokasi rumah.
Mendengarkan berita itu, para peminat pun komen:
“Saya tak rasa Jungkook dan neneknya akan bersetuju. Ini biadab.”
“Adakah mereka tak waras? Ia mungkin akan mengganggu keamanan kampung itu.”
“Itu bukan tempat lahir Jungkook.”
Sumber: [1]