Home News Polis Keluar Kenyataan Hasil Siasatan Awal Lee Sun Kyun, Negatif Dadah?

Polis Keluar Kenyataan Hasil Siasatan Awal Lee Sun Kyun, Negatif Dadah?

0

Lee Sun Kyun baru sahaja menjalani proses soal siasat pertama untuk kes dadah yang melibatkan dirinya. Penyiasatan tersebut berlangsung pada Sabtu 28 Oktober 2023 di Balas Polis Incheon Nonhyeon.

Pihak polis setempat telah mendedahkan hasil siasatan Lee Sun Kyun kepada media Korea Selatan.

Seperti apa hasilnya? Simak penjelasan berikut ini!

 

1. Hasil ujian dadah Lee Sun Kyun negatif !

1b80e189 d887 467c 9fdb 18ad110ee52bPihak polis Incheon Nonhyeon melaporkan bahawa hasil ujian dadah terhadap Lee Sun Kyun pada hari Sabtu, 28 Oktober 2023 disahkan negatif. Perkara ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya tentang keputusan tersebut kerana pelakon itu sudah tersenarai sebagai suspek.

Polis menjelaskan mengapa ujian dadah tersebut mendapat hasil negatif. Mereka menegaskan, ujian yang dilakukan sewaktu pemeriksaan dan soal siasat tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana waktu sudah berjalan cukup lama sejak Lee Sun Kyun melaporkan dirinya. Bahan kimia dari dadah tersebut kemungkinan sudah keluar dari tubuhnya.

 

2. Sementara itu, sampel rambut Lee Sun Kyun kini sedang diperiksa forensik

IMG 0592Pada waktu yang sama, Lee Sun Kyun juga telah menjalani saringan ujian lain yang diperlukan. Salah satu hasil ujian yang belum keluar kerana masih diproses adalah ujian sampel rambut. Polis mengatakan mereka telah menghantar sampel rambut pelakon itu untuk diperiksa forensik.

“Kerana waktu sudah berjalan cukup lama, hasil ujian reagen tidak boleh diharap sepenuhnya. Kami akan menghantar sampel rambut dan lain-lain kepada forensik untuk diperiksa secara lebih tepat,” ungkap pihak polis kepada media.

 

3. Lee Sun Kyun mengaku akan mematuhi proses siasatan dengan baik

Lee sun kyunSelepas menjalani proses soal siasat yang berjalan selama lebih kurang 1 jam, Lee Sun Kyun keluar dari balai polis. Dia memberikan sedikit kenyataan di hadapan media.

“Saya telah memberikan telefon bimbit saya hari ini, dan saya setuju dengan setiap permintaan yang diperlukan untuk siasatan selanjutnya. Mereka mengatakan bahawa mereka akan menghubungi saya segera untuk siasatan lanjut dan saya

akan mematuhi dengan baik. Saya minta maaf kerana telah mengecewakan semua orang yang menyokong saya selama ini,” kata Lee Sun Kyun.

Pelakon utama drama siri My Mister (2018) ini telah disahkan sebagai suspek penyalahgunaan dadah terlarang oleh pihak polis setempat. Proses siasatan awal ini dilakukan untuk mengetahui jenis dadah apakah yang telah digunakannya dan untuk mengumpulkan bukti terhadap jenayah yang dilakukan oleh Lee Sun-kyun.

Baca lagi: Kes Penyalahgunaan Dadah Lee Sun Kyun, 3 Fakta Bagaimana Ia Boleh Terbongkar
Baca juga: Rentetan Kes Dadah Lee Sun Kyun, Isteri Pengsan dan Pindahkan Anak Ke Luar Negara