Home News Polis Lancar Operasi Trafik Bersepadu Besar-Besaran Selama Sebulan, Netizen Disarankan Untuk Simpan...

Polis Lancar Operasi Trafik Bersepadu Besar-Besaran Selama Sebulan, Netizen Disarankan Untuk Simpan Motor

0

Di berita telah keluar kenyataan di mana polis akan mengadakan operasi trafik bersepadu secara besar-besaran selama sebulan bermula sabtu ini. Berita tersebut juga telah tular di tiktok di mana terdapat pengguna tiktok yang memuat naik berita tersebut di tv ke dalam tiktok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melaksanakan operasi tersebut.

“Operasi ini akan melibatkan kekuatan kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur serta dibantu oleh agensi tersebut dalam menjalankan tugas operasi dengan memberikan perhatian terhadap kesalahan-kesalahan di bawah akta agensi itu sendiri,” katanya.”

polis 1

Bermacam rekasi yang ditunjukkan oleh netizen di ruangan komen dan bermacam pendapat juga yang telah dikeluarkan oleh netizen.

“polis bab saman no 1 , kalau nak settelkan kes berkaitan kena langgar lari ke apa punya la susah , kena viral baru cpat ada tindakan..”

“cuba buatt ops cari dan kesan jalan2 rosak pastu rekodkan,,blh ke cmtu,,”

“Tak heran dah…mmg setiap kali lepas bg brim/bsh/str Dan lain2 bantuan…confirm operasi…. sesetengah rakyat panggil kutip balik apa yg diorg bg”

Baca juga : Hina Pangkat Polis, Rakaman Pegawai Polis Tular Di Media Sosial

Lihat klip berdurasi pendek tersebut di instagram :

https://www.instagram.com/reel/CuBVD8XJLdg/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Lihat juga komen netizen :

@shisei : kenapa sebulan? buat la setahun kan banyak boleh collect

@FAHMI : motor keluar kedai xpernah nk tukar apa pun roadblock selalu lepas

@DADY_WAN_2711 : dlm otak kerajaan nie.. lepas bantuan.. dekat raya hujung tahun awal tahun… itu jer untuk keje

@nrlanaaa : tkpe leps nie aku suh tunang aku pickup jela naik kete HAHAH

@Afhamtakaful : Kerajaan bagi duit tu duit ni..polis buatla operasi besar besaran sebab nak collect balik

@riezaroseriez : naik basikal je abg2,adek2 save minyak,tk de lah nk fikir ohh ada rb lah..duit pun oley simpan.tk giteww

@CHIF KH4D4M : kalau standard kan senang, xde nak risau roadblock.. tenang je nak jln². standard itu indah..

@Ha : Rahmah dh bgi…misi utk ambik balik…hihi…tp smpai hari ni str xmasuk2 nih

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok, Instagram dan Bernama