Home Entertainment Poster Romantik Terbaru “Moving”, Jo In Sung dan Han Hyo Joo

Poster Romantik Terbaru “Moving”, Jo In Sung dan Han Hyo Joo

0

Disney+ telah mengeluarkan poster romantik baharu untuk drama siri Moving, menunjukkan pemandangan hangat diantara Jo In Sung dan Han Hyo Joo!

Dalam poster itu, hari-hari dari masa lalu ejen rahsia Doo Shik (lakonan Jo In Sung) dan Mi Hyun (lakonan Han Hyo Joo dirakam, menunjukkan mereka berhadapan dengan satu sama lain dengan senyuman ceria, memancarkan rasa teruja.

IMG 0460Imej Doo Shik terapung di langit dengan latar belakang Menara Namsan, yang mempunyai kepentingan istimewa untuk kedua-duanya, menambah suasana misteri.

Namun, ungkapan yang menyayat hati “Kami telah menjadi tebusan antara satu sama lain” berbeza dengan imej gembira mereka berdua, menimbulkan rasa ingin tahu tentang apa yang akan berlaku kepada mereka pada masa hadapan.

Dari pertemuan pertama antara Kim Doo Shik, seorang ejen rahsia yang mempunyai kebolehan untuk terbang, dan Lee Mi Hyun, seorang ejen elit yang mempunyai kebolehan deria yang luar biasa, menggambarkan bagaimana mereka secara tidak dijangka mengembangkan perasaan cinta, dan cabaran yang akan mereka hadapi semasa berkongsi rahsia mereka dan ini bakal meningkatkan keterujaan penonton.

Moving

Episod 8 dan 9, yang akan disiarkan pada 16 Ogos minggu ini akan menggambarkan percintaan manis dan mengujakan antara Mi Hyun dan Doo Shik, menawarkan daya tarikan berbeza dari episod 1 hingga 7. (Sumber)

Baca juga: Mengapa Perlu Tonton Kdrama Moving? Kisah Pemburuan Manusia Super oleh Pembunuh Kejam

Moving ialah siri aksi manusia super yang mengisahkan kehidupan kanak-kanak pada masa kini dengan kuasa besar tersembunyi dan ibu bapa dengan rahsia menyakitkan yang tersembunyi dari masa lalu. Sejak keluaran pertama pada 9hb, siri ini telah mendapat pujian daripada kedua-dua media dan penonton tempatan serta antarabangsa, menjadikannya topik perbincangan yang paling dinanti-nantikan.

IMG 0473

MOVING diadaptasi dari webtoon bertajuk sama karya Kang Full. Bukan hanya Jo In Sung, drama ini juga dibintangi oleh berbagai pelakon terkenal Korea Selatan, seperti Han Hyo Joo, Ryu Seung Ryong, Cha Tae Hyun, Go Yoon-jung, Lee Jung Ha, Kim Sung Kyun, Ryu Seung Bum, Kim Hee Won, Moon Sung Geun, Kim Do Hoon, dan ramai lagi.

Secara garis besar, drama ini berkisah tetang sekelompok orang yang memiliki kemampuan super. Sayangnya, mereka memilih untuk menyembunyikan kemampuan tersebut. Hal itu dilakukan demi melindungi keluarga mereka dari ancaman yang mungkin muncul. Selain itu, mereka juga ingin menghindari penyalahgunaan kuasa oleh orang yang tidak baik. Namun, Frank, seorang pembunuh upahan yang mempunyai kekuatan luar biasa lain datang dan memburu mereka-mereka, adiwira (superhero) yang telah lama bersara.

Episod baharu akan tersedia di Disney+ setiap hari Rabu pukul 4 petang.

Baca lagi: “My Lovely Liar” Menduduki No. 1 dalam 127 Negara
Baca juga: 15 Drama dan Filem Jo In Sung, Terbaharu Superhero dalam “Moving”