My Dearest sebuah kdrama percintaan sejarah yang bakal menghanyutkan kita!
Kdrama baharu “My Dearest” merupakan projek reunion antara Namgoong Min dan pengarah Kim Sung Yong, setelah sebelumnya bekerjasama dalam Kdrama thriler jenayah “The Veil” pada tahun 2021.
Berlatarkan era Kerajaan Joseon, ketika rakyat mengalami kesulitan kerana penjajahan Qing dari 3 Januari 1637 hingga 24 Februari 1637. Di masa krisis ini, terukir kisah cinta antara dua orang dengan latar belakang kehidupan yang berbeza.
My Dearest mengisahkan Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) seorang wanita bangsawan yang tinggal di Neunggun-ri semasa zaman pencerobohan Qing. Yoo Gil Chae digambarkan sebagai seorang wanita cantik penuh pesona, percaya diri, sombong dan juga membuat ramai orang terkesan.
Pada masa inilah dia bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Lee Jang Hyun (Namgoong Min) dan jatuh cinta kepadanya. Dia memiliki impian untuk menemukan cinta lagi, walaupun pernah gagal dalam dua perkahwinan sebelumnya.
Lee Jang Hyun ialah seorang lelaki yang kompleks dengan rahsia gelap yang dia sembunyikan. Setelah mengalami tragedi yang tak terbayangkan dalam hidupnya, Lee Jang Hyun telah kehilangan rasa cintanya dan ketulusannya. Cinta tidak pernah ada dalam kamus hidupnya lagi setelah itu, dia tidak mempunyai keikhlasan kerana dia tidak akan merasa kehilangan apa-apa dan tidak akan berkahwin. Namun, pertemuannya dengan Yu Gil Chae mengubahnya menjadi seorang lelaki yang berbeza.
Selain Namgoong Min dan Ahn Eun Jin, Lee Hak-joo, dan Lee Da-in turut sama membintangi “My Dearest”.
Di Mana Saya Boleh Menonton “My Dearest”?
My Dearest ialah filem asal MBC dan akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu di MBC di Korea. Rancangan ini juga akan tersedia untuk penstriman Viki untuk penonton antarabangsa di kawasan terpilih. Untuk Viki, jangkakan sari kata mengambil sedikit masa untuk dimuat naik. Biasanya, ia boleh mengambil masa sehingga 24 jam selepas tarikh keluaran.
Tarikh Tayangan My Dearest Episod 1
Episod 1 My Dearest akan dikeluarkan pada hari Jumaat 4 Ogos jam 9:50 malam. (Jangkakan episod 1 berdurasi kira-kira 1 jam 5 minit)
Berapa Episod “My Dearest” Akan Ada?
Kdrama siri ini dijangka mempunyai 20 episod, dengan dua episod dikeluarkan seminggu. Kdrama ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian dengan setiap bahagian mempunyai 10 episod. Bahagian 1 dijangka akan berakhir pada 2 September. Bahagian 2 akan dikeluarkan pada bulan Oktober.
Baca lagi: 10 Kdrama Baharu Tayang Ogos 2023
Baca juga: 10 Filem Margot Robbie, Rating Tertinggi Rotten Tomatoes