Home Artis Korea Preview Episod 8-9 “The Worst of Evil”, Ji Chang Wook Dicium BIBI

Preview Episod 8-9 “The Worst of Evil”, Ji Chang Wook Dicium BIBI

0

Memasuki tayangan episod ke 8 dan 9 pada minggu ini, The Worst of Evil semakin menjadi sorotan. Dalam preview episod ke 8 dan 9, kelihatan Ji Chang Wook dicium oleh BIBI secara mengejut!

Tonton Preview Bibi dan Joon Mo berciuman disini

Preview The Worst of Evil yang dikeluarkan oleh Disney+ ini telah membuatkan netizen heboh dan menjadi tidak keruan kerana ada adegan romantik diantara Ji Chang Wook dan BIBI.

The worst of evil

Melalui preview episod 8 dan 9 The Worst of Evil atas, tampak Ji Chang Wook dan BIBI berciuman. Walaupun wajah BIBI tidak terlihat jelas, namun netizen mengenali bahawa wanita yang tiba-tiba mencium Ji Chang Wook itu adalah BIBI.

IMG 9160 IMG 9159

Selain itu, preview drama tersebut memperlihatkan beberapa adegan menegangkan. Terdapat adegan dimana Park Joon Mo (Ji Chang Wook) bergaduh dengan para gengster lain.

Tak hanya itu, Jung Gicheol (Wi Ha Joon) dan Yoo Eui Jung (Im Se Mi) juga turut sama dalam pergaduhan dan saling berlawan dengan gengster lain.

Kemudian, ada juga adegan dimana Yoo Eui Jung (Im Se Mi) menangis memandang fotonya dan suaminya, Park Joon Mo (Ji Chang Wook). Netizen turut merasa kecewa dan sedih, kerana ini mungkin menunjukkan bahawa hubungan rumahtangga mereka sedang dalam masalah.

https://youtu.be/-ioPMKc0F_4?si=jEnATDPz5MmU_Idj

The Worst of Evil (2023) menceritakan tentang kartel dadah terbesar yang diketuai oleh Jung Gi Cheol (Wi Ha Joon). Mereka mengedar dadah ke tiga negara, iaitu Korea Selatan, Cina, dan Jepun. Park Joon Mo (Ji Chang Wook) ditugaskan untuk menyusup ke kartel dalam tersebut.

Ternyata idea drama siri ini diadaptasi dari kejadian sebenar pada tahun 90-an. Kisah ini terjadi pada tahun 90-an tentang kartel dadah di tiga buah negara, iaitu Korea Selatan, Jepun, dan Cina. Dan seperti dalam filem, ada polis yang benar-benar menangkap dan menjatuhkan kartel dadah.

Jangan lupa saksikan episod baru The Worst of Evil di Disney+ Hotstar nanti ya! Drama siri The Worst of Evil yang sedang dibintangi Ji Chang-wook, Wi Ha-joon, dan Im Se-mi menampilkan keseluruhan 12 episod sahaja!

Baca lagi: The Worst of Evil: 5 Sebab Anda Perlu Tonton Kdrama Ini
Baca juga: The Worst of Evil: Park Joon Mo Berhadapan Dengan 9 Masalah Serius Yang Bakal Mengancam Nyawanya