Home Entertainment Profesyen Yang Pernah Dibawa Oleh Song Hye-kyo

Profesyen Yang Pernah Dibawa Oleh Song Hye-kyo

0
Pelakon cantik jelita yang kini berusia 41 tahun, Song Hye-kyo tidak pernah kehilangan sinarnya. Popularitinya sudah sampai ke negara-negara Asia yang lain, seperti Jepun dan Cina, bukan sahaja negara-negara Asia, pengaruh pelakon ini turut sampai ke negara-negara Eropah.
Pelakon jelita ini muncul dalam drama siri popular Glory dan sekali lagi menarik perhatian ramai. Bakat lakonan dan ditambah pula pakej rupa paras yang menawan membuatkan pelakon jelita itu sentiasa diingati dan drama siri lakonannya sering mendapat tempat di hati para penonton.
C9C7D1F9 48F8 424F 8D34 F7EB14516839Song Hye-kyo telah berlakon dalam banyak drama siri dan telah membawa pelbagai watak yang berlatarkan pelbagai profesyen dan kerjaya. Salah satu Kdrama Song Hye-kyo yang pernah trending adalah Now, We Are Breaking Up.
Song Hye-kyo adalah salah seorang pelakon yang berperanan sebagai magnet kuat dalam setiap Kdrama yang dilakonkannya. Semua penonton tahu bahawa Song Hye-kyo sangat mendalami setiap watak yang dibawa untuk sesebuah drama siri.
A2D0076E E1EF 4E11 B5E9 E4C497B0D86ESewaktu menjalani penggambaran drama selama beberapa bulan, dia pasti merasa hidupnya seolah-olah seperti karakter tersebut. Dia sepertinya tidak mempunyai masa untuk hidup sebagai Song Hye-kyo.

Jom kita lihat beberapa watak dan profesyen yang pernah dibawa oleh Song Hye-kyo dalam drama-drama sirinya sebelum ini:

1. Penulis skrip – Full House

86D3442A BE1B 4991 A1EC B19B8BB17899
Full House merupakan salah satu drama siri yang melonjakkan nama Song Hye-kyo pada tahun 2004. Dalam drama siri ini, pelakon wanita yang dilahirkan pada 22 November 1981 itu memegang watak sebagai seorang penulis skrip yang bernama Han Ji Eun.
Dalam drama siri Full House tersebut, Han Ji Eun digambarkan sebagai seorang pekerja yang sangat rajin dan sangat menyayangi bapanya. Namun nasib malang menimpa nasibnya kerana telah ditipu oleh rakan-rakannya.
Han Ji Eun terpaksa menerima kenyataan akan kehilangan rumahnya dan terpaksa tinggal bersama Young Jae (Rain).
Demi mendapatkan duit dan tempat tinggal, Han Ji Eun bekerja sebagai pembantu rumah untuk Young Jae dan melupakan sejenak impiannya menjadi penulis skrip.

 

 

2. Doktor bedah – Descendants of the Sun

1B213116 1AA2 4B10 8570 0AB56D3E95DE

Descendants of the Sun merupakan salah satu Kdrama paling berjaya yang pernah dikeluarkan. Song Hye-kyo turut terlibat dalam drama siri ini dan membawa watak sebagai Kang Mo Yeon iaitu seorang doktor bedah di Haesung Hospital.
Doktor yang sangat kuat dan percaya bahwa kerja keras, potensi diri dan rekod baik adalah lebih penting daripada sebarang pengaruh lain untuk berjaya. Dia teguh dengan pendiriannya, dia tidak mudah terpengaruh oleh emosi, dan tidak segan untuk mengakui kesalahan sendiri.
Dia ditugaskan untuk bertugas di lapangan dan bertemu dengan Yoo Shi Jin (Song Joong Ki) iaitu ketua pasukan tentera. Yoo Shi Jin disalah anggap sebagai ketua penjahat oleh Mo Yeon.
Mereka pun saling jatuh hati. Pekerjaan Shi Jin yang terpaksa sentiasa berada di medan perang dengan segala risikonya telah membuatkan Mo Yeon menyangkal dan menolak perasaannya sendiri, dia menolak cinta Shi Jin sampai tiga kali.
Namun, takdir mempertemukan mereka kembali. Mo Yeon ditugaskan sebagai ketua kumpulan medik di Urk, sementara Shi Jin ditugaskan untuk menjaga keamanan di sana.

3. Produser drama – Worlds Within
EC6F0EAF C7BC 4CA4 8E04 3B7CBDC82DF8

Tidak hanya berfokus tentang kisah cinta, Worlds Within juga bercerita tentang perjuangan wanita sentiasa dihargai dalam industri perfileman yang didominasi oleh kaum lelaki.
Ceritanya bermula enam bulan sebelumnya iaitu sewaktu Joo Joon Young (Song Hye-kyo) baru menyelesaikan tugas sujar sebagai seorang pembantu produser. Dua drama pendek yang keluarkan telah mendapat rating tinggi dan kritikan yang positif.
Dia mendapat penghargaan dan anugerah pada acara festival drama di luar negara sehingga kemudiannya dia muncul sebagai produser yang cukup terkenal.
Joon Young adalah seorang wanita yang bersemangat, mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap dunia perfileman, tegas, dan juga tenang.
Kadang kala Jung Ji Oh (Hyun Bin) iaitu seorang pengarah senior yang baik dan sabar merasa serabut dengan sikap Joo Joon Young yang keras kepala itu. Selain itu, Joon Young dididik untuk menjadi orang yang tidak mudah percaya kepada orang lain.
Joon Young dan Ji Oh pernah bercinta semasa kuliah, tetapi kemudian putus. Beberapa tahun kemudian mereka berdua dipertemukan kembali dalam sebuah program. Adakah mereka boleh bersikap profesional dalam pekerjaan mereka?

4. Chief executive officer – Encounter
4189A47E FFA7 4D86 8D9C CB540C8D3031

Drama Encounter menjadi tanda kembalinya Song Hye-kyo ke dunia lakonan setelah perkahwinannya dengan Song Joong Ki yang cukup hangat. Dalam drama siri ini dia memegang watak sebagai Cha Soo Hyun iaitu anak seorang ahli politik ternama yang kaya raya.
Demi memudahkan jalan ayahnya dalam dunia politik, dia dijodohkan dengan anak orang kaya. Tapi suaminya curang dan memilih untuk bercerai dan membujang. Soo Hyun mendapat harta berupa sebuah Hotel Donghwa yang sudah lama dan tua.
Perkara ini menjadi titik tolak dalam hidupnya. Kebiasaanya hidup Soo Hyun diatur oleh orang sekeliling, termasuk bapa dan juga bekas suaminya, perlahan-lahan dia mula mengatur hidupnya sendiri. Dia putuskan untuk menguruskan hotel yang dulunya dimiliki oleh mertuanya itu secara profesional.
Sebagai CEO Hotel Donghwa, dia berjaya membawa naik semula nama hotel tersebut. Hotel tersebut mula dikunjungi ramai tetamu. Soo Hyun sendiri berubah menjadi seorang ketua yang disegani dalam dunia perhotelan.

5. Fashion designer – Now, We Are Breaking Up

3D12E055 EBCD 408C A979 948875A91D75

Song Hye-kyo akan membuat para penonton terhibur menerusi drama siri Now, We Are Breaking Up, dengan membawa watak sebagai Ha Young Eun.
Dia bekerja sebagai pengurus pasukan rekaan di sebuah syarikat fesyen ternama iaitu The One turut dan memimpin satu jabatan dengan sejumlah pereka fesyen yang lebih junior.
Wanita ini tampil dengan gaya moden dan elegan kerana dia memang terlibat dalam industri fesyen. Tidak terlalu mewah tetapi sangat bergaya. Song Hye-kyo pernah menyatakan bahawa dia akan akan menunjukkan kepada para penonton imej watak Young Eun yang ingin ditonjolkan olehnya.
Memang sangat berjaya! Young Eun digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat mencintai pekerjaannya. Dia selalu menunjukkan sikap profesional dalam bekerja.
Dia mendapat jawatan yang bagus bukan kerana dia berkawan dengan anak CEO The One, tetapi kerana kepintaran dan juga kerja kerasnya. Dia selalu berusaha untuk memberikan yang terbaik.
Baca Lagi: 5 Bekas Teman Lelaki Song Hye-kyo Semuanya Sudah Berkahwin
Baca Juga: 5 Pelakon Menolak Tawaran Berlakon Dengan Song Hye Kyo