Home K - Pop EXO Kai & BLACKPINK Jennie Dilaporkan Sudah Mengakhiri Hubungan Mereka

[PSSST!!!] EXO Kai & BLACKPINK Jennie Dilaporkan Sudah Mengakhiri Hubungan Mereka

0
jnjpg

Kurang dari sebulan pengumuman secara terbuka oleh agensi mereka, EXO Kai dan Blackpink Jennie dilaporkan sudah menamatkan hubungan cinta mereka. Menurut agensi SM Entertainment, mereka mengesahkan bahawa Kai dan Jennie sudah tidak lagi bersama.

unnamed 2

Khabar angin kisah percintaan pasangan ini bermula apabila tersebar gambar dari Dispatch (portal media hiburan Korea) pada 1 Januari yang lalu. Dalam gambar sensasi itu terlihat Kai sedang memimpin tangan Jennie dalam sebuah taman di kota Seoul. Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata terkejut dengan berita itu. Ada yang kecewa tetapi tidak kurang yang memberi sokongan kepada pasangan yang diberi gelaran JenKai oleh peminat mereka.

Tidak lama setelah tersebarnya gambar itu, kedua-dua agensi memberi kenyataan rasmi dan mengesahkan bahawa pasangan itu sememangnya sedang mengenali sesama diri.

7 BLACKPINK Jennie EXO Kai Dating

Malah, ada beberapa netizen telah mengaitkan posting Jennie di Instagram beliau semasa di Paris ditujukan kepada Kai. Mereka juga membuat andaian bahawa Kai dan Jennie sudah menjalinkan hubungan sejak pertemuaan mereka awal bulan November semasa pertunjukan fesyen di Paris.

Namun, tak sampai sebulan hubungan mereka putus ditengah jalan. Menurut SM Entertainment, keduanya tengah sibuk fokus dengan kerjaya masing-masing. Hmm, sekurang-kurangnya mereka ada juga merasa pengalaman bercinta. Anda pulak? Hahahanat! moga tahun 2019 ni anda tak teruskan legasi “single of the year”!