Drama thriller misteri “Hide” akhirnya melabuhkan tirainya dengan tamatnya 12 episod pada Ahad, 28 April 2024.
Di beberapa episod sebelum ini, Na Moon Young ( Lee Bo Young) tidak menyangka jirannya yang baik, Ha Yeon Joo (Lee Chung Ah), menyimpan dendam terhadapnya. Ha Yeon Joo berhasrat untuk memusnahkan hidup Na Moon Young sebagai membalas dendam atas tindakan ayahnya yang mencederakan ayah Ha Yeon Joo hingga mati. Sebenarnya, Na Moon Young tidak tahu apa-apa tentang apa yang ayahnya telah lakukan.
Ha Yeon Joo perlahan-lahan memusnahkan kehidupan Na Moon Young dengan mempengaruhi orang yang disayanginya, iaitu Cha Sung Jae (Lee Mu Saeng), suami kepada Na Moon Young. Bermula dari ketaksubannya terhadap wang, Cha Sung Jae jatuh ke dalam perangkap Ha Yeon Joo, yang memberi kesan kepada kehidupan berumah tangganya.
Walaupun drama ini telah tamat, ramai peminat setia drama “Hide” masih merasa begitu terkesan sekali dengan watak yang dilakonkan oleh Lew Mu Saeng sebagai seorang suami yang sangat “Red Flag” dan menjadi figura bapa yang sangat mengecewakan. Ketaksubannya terhadap wang menyebabkan dia melupakan keluarganya.
Bagi anda yang belum tonton lagi, berikut dibawah adalah 7 perkara yang membuatkan Na Moon Young kecewa dengan Cha Sung Hae dalam drama Hide, yang mungkin anda ingin tahu.
AMARAN: Mengandungi Spoiler!
1. Cha Sung Jae sengaja memalsukan kematiannya atas alasan untuk melindungi isteri dan anak-anaknya. Tetapi, tindakan ini sebenarnya mencetuskan konflik yang lebih besar
2. Menyiasat latarbelakang Ha Yeon Joo, tetapi Na Moon Young malah menangkap hubungan sulit Cha Sung Jae dengan Ha Yeon Joo
3. Na Moon Young sangat kecewa, kerana Cha Sung Jae menunjukkan hubungan sulitnya di hadapan Cha Bom (Jo Eun Sol), anaknya sendiri
4. Cha Sung Jae sanggup memecat dan menutup akses Na Moon Young daripada firma guaman yang mereka uruskan bersama
5. Untuk mendapatkan hak penjagaan Cha Bom, Cha Sung Jae memfitnah Na Moon Young sebagai Ibu yang tidak bertanggungjawab dan meninggalkan anaknya sendiri
6. Tidak bersendirian, Cha Sung Jae melibatkan ibunya, mencipta senario palsu untuk meyakinkan yayasan supaya segera mengambil Cha Bom
7. Cha Sung Jae memisahkan anaknya daripada Na Moon Young dengan memindahkan Cha Bom secara paksa ke luar negara
Cha Sung Jae memisahkan Cha Bom daripada ibunya, juga dihasut oleh Ha Yeon Joo. Ini menambahkan bahang kepada hubungan antara ketiga-tiga. Untuk membawa kembali Cha Bom, Na Moon Young merangka strategi dan mengumpul bukti jenayah, supaya polis segera menangkap Cha Sung Jae, ibu mertuanya, dan juga Ha Yeon Joo.
Bagi anda yang belum lagi tonton tetapi meminati genre dan plot sedemikian, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton kesemua 12 episod drama Hide ya!