Home Entertainment Putera Harry dan Meghan Markle Isytihar Muflis?

Putera Harry dan Meghan Markle Isytihar Muflis?

0

Keadaan kewangan Putera Harry dan isterinya Meghan Markle tidak seindah seperti yang ramai bayangkan.

Sebenarnya keadaan kewangan mereka sangat memberi tekanan kepada mereka berdua. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2018 dikhabarkan sedang mengalami detik hitam dalam hidup mereka akibat masalah kewangan yang meruncing.
Keadaan mereka berdua ini telah didedahkan oleh penulis biografi diraja yang dikenali sebagai Tom Bower. Tom Bower turut mendedahkan bahawa cara pasangan tersebut berbelanja terlalu mewah menyebabkan keduanya kini menderita dan dalam keadaan sesak.

9EE0C425 FE9A 4273 8455 1BD590D7B8FD

Penulis biografi diraja British ini telah ditugaskan untuk memerhati dan mengambil kes kewangan Putera Harry dan Meghan Markle selama beberapa tahun. Penulis biografi ini akhirnya berjaya mengumpul maklumat dan membuat laporan berita di surat khabar Express.

820E782B 05F3 4F66 80D7 1222BCF52114 0AE3263C FA1F 4AF3 B5CA 208B07455901

Menurut Tom Bower, pasangan suami isteri itu membelanjakan sejumlah besar duit untuk barang-barang mewah, perkhidmatan mahal dan juga gaya hidup yang megah. Perbelanjaan mereka terlalu besar sedangkan pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung semua itu.
Khabar angin mengenai cara perbelanjaan mewah pasangan suami isteri yang kini dikurniakan dua cahaya mata itu sudah mula dihidu sejak tahun 2020 lagi apabila mereka mengumumkan untuk berundur dan tidak lagi menyertai keluarga diraja.

8828149D E76D 4772 ABE6 2A12ED5ABAD0

Pengunduran mereka dari keluarga diraja menjadi sebab utama untuk kerajaan British menghentikan terus elaun diraja yang disalurkan kepada Putera Harry dan Meghan Markle. Pastinya salah satu punca pendapatan mereka telah terputus dan sudah berkurangan.
Selepas pengumuman pengunduran dari keluarga diraja dan berhenti melakukan tugas-tugas diraja, pasangan tersebut telah berpindah ke Amerika Syarikat untuk memulakan hidup baru dan sekaligus meneruskan perbelanjaan boros mereka.
Baca Lagi: Artis Terkenal Tolak Jemputan Persembahan Hari Pertabalan Diraja

A11AC585 FA9E 4F66 A0C5 7E7B83D00BE0

Baru sahaja beberapa bulan lepas pasangan suami isteri itu membintangi dokusiri (siri dokumentari) mereka sendiri yang ditayangkan di Netflix dan mendapat sambutan hangat. Dokusiri yang bertajuk “Harry & Meghan” itu dianggap telah membuka pekung dalam keluarga diraja dan amat memalukan institusi monarki tersebut.
03E04A54 F6EE 4F7F ACAD B1CE5EDF7F1ESelepas dokusiri Netflix tersebut meletup dan menjadi kontroversi, Putera Harry telah mengeluarkan sebuah buku autobiografi yang bertajuk “Spare”. Penjualan buku autobiografi tersebut berjaya memecah beberapa rekod jualan buku.

BD71A404 1E76 47DE 867C 6318BC69E386

Walaupun pasangan ini berjaya menjana pendapatan dengan menjual dan menjaja kisah peribadi mereka, nampaknya pendapatan mereka masih tidak boleh menampung perbelanjaan mereka yang terlalu banyak dan mewah.
Dia (Meghan Markle) menyangkakan putera raja mempunyai duit beratus juta jika bukan berbiliion, kini mereka dalam kesusahan. Dia mahu menaiki kereta mewah Cadillacs dan menaiki pesawat peribadi setiap masa. Mereka berdua sekarang sedang gigih membuka tabung untuk menampung kehidupan mewah mereka”, kata Tom Bower sewaktu menjelaskan cara berbelanja mewah pasangan suami isteri tersebut.
Buat masa sekarang, kedua mereka memilih untuk berdiam diri atas khabar angin yang mengatakan kedua-duanya secara rasmi telah diisytiharkan muflis.
Walau bagaimanapun, sebelum ini Putera Harry dan Meghan Markle pernah mengakui bahawa mereka berdua memang mengalami kesukaran situasi kewangan dan mereka sangat terdesak untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi.
Baca Juga: Putera William Curang?