Kemunculan Putera Harry di England telah mengejutkan ramai pihak. Kemunculannya itu bukan sahaja mengejutkan rakyat jelata di British malahan turut mengejutkan pihak media yang langsung tidak tahu menahu mengenai kepulangan putera raja tersebut.
Nampaknya di Amerika Syarikat pula, media sedang heboh menceritakan tentang nasib putera raja tersebut yang dikatakan telah dihalau dari negara Uncle Sam tersebut. Beberapa buah organisasi di Amerika Syarikat meminta penjelasan dari pihak berwajib di negara itu untuk menyiasat sekiranya anak kedua kepada Raja Charles Ke-3 itu ada membuat penipuan untuk mendapatkan visa negara Amerika Syarikat.
Ketibaan suami kepada Meghan Markle tersebut di England benar-benar telah mengejutkan ramai pihak. Beberapa buah agensi media juga mula melaporkan bahawa Putera Harry sebenarnya memang sudah dihalau keluar dari negara Amerika Syarikat.
Baca Lagi: Anak-anak Harry & Meghan Rasmi Mendapat Gelaran Diraja
Beberapa ketika selepas pihak media muncul dengan berita panas pengusiran Putera Harry dari negara Amerika, mereka didiamkan pula dengan kenyataan bahawa putera raja itu pulang atas urusan undang-undang.
Anak bongsu kepada mendiang Puteri Diana itu rupa-rupanya pulang untuk urusan saman yang dikemukakan terhadap syarikat pengeluar akhbar British iaitu Daily Mail. Putera raja itu ditemani oleh penyanyi lagenda Elton John dan juga pelakon terkenal Elizabeth Hurley dan Sadie Frost.
Selepas pengumuman pengunduran dari keluarga diraja dan berhenti melakukan tugas-tugas diraja, pasangan Putera Harry dan Meghan Markle telah berpindah ke Amerika Syarikat untuk memulakan hidup baru dan sekaligus meneruskan perbelanjaan boros mereka. Baru sahaja beberapa bulan lepas pasangan suami isteri itu membintangi dokusiri (siri dokumentari) mereka sendiri yang ditayangkan di Netflix dan mendapat sambutan hangat.
Dokusiri yang bertajuk “Harry & Meghan” itu dianggap telah membuka pekung dalam keluarga diraja dan amat memalukan institusi monarki tersebut. Putera Harry memang tidak pernah reda dari kontroversi sejak putera raja itu mengahwini Meghan Markle. Saman yang dikemukakan kepada portal berita Daily Mail dikatakan bakal memberikan masalah besar buat pihak Daily Mail kerana Putera Harry sememangnya mempunyai bukti yang kukuh yang merujuk kepada perbuatan pihak Daily Mail yang menceroboh privasi kehidupan Putera Harry sekeluarga.
Putera Harry akan berada di England selama beberapa hari namun masih tidak diketahui jika putera raja itu akan berjumpa dengan Raja Charles Ke-3 kerana jadual raja baru British itu agak padat, dikhabarkan bahawa Raja Charles Ke-3 akan berangkat ke negara Jerman bersama isterinya Camilla Parker Bowles.
Baca Juga: Putera Harry dan Meghan Markle Isytihar Muflis?