Home Entertainment Putera William Curang?

Putera William Curang?

0

Khabar angin bertiup kencang tentang keretakan rumah tangga pewaris takhta diraja British iaitu Prince Of Wales (Putera Raja Wales) dan isterinya Princess Of Wales (Puteri Raja Wales).

3C5D1DE0 4D25 4013 A64F 4C5406DB568A

Bermula dari kisah Putera William tidak menyambut perayaan Natal bersama Kate Middleton dan seterusnya merebak ke beberapa cerita yang kurang enak didengar tentang kecurangan putera raja tersebut.

Mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi bukan? Siapa sangka Putera William juga tergamak mengikut langkah ayahandanya yang kini merupakan Raja England.

Satu dunia tahu kecurangan Raja Charles yang dahulunya dikenali sebagai Putera Charles. Lelaki bangsawan itu meninggalkan mendiang Puteri Diana untuk mencari bahagia bersama perempuan simpanannya iaitu Camilla Parker Bowles yang kini dikenali sebagai Queen Consort Camilla (Permaisuri Diraja England).

Putera William sewaktu mudanya menjadi kegilaan ramai gadis-gadis di seluruh dunia bahkan selebriti terkenal seperti Christina Aguilera juga pernah mengutuskan surat buat putera raja tersebut.

Sewaktu baginda belum mendirikan rumah tangga dengan Kate Middleton, baginda terkenal dengan gelaran ‘the most eligible bachelor in the world’ (lelaki paling diidam-idamkan di dunia).

Pada tahun 2019 putera raja itu pernah dituduh curang di belakang Kate Middleton dengan kawan baiknya iaitu Rose Hanbury. Kini wanita yang dianggap perempuan simpanan itu muncul kembali dan menjadi tumpuan media dan masyarakat dunia.

EEE4F284 D850 46B4 89C2 C5D09CA08B5E

Wanita tersebut dilihat menghadiri majlis pengebumian mendiang Ratu Elizabeth bersama pasangan suami isteri diraja Putera William dan Kate Middleton. Rose Hanbury memegang gelaran bangsawa sebagai golongan aristokrat di British, wanita ini dikenali sebagai ‘The Marchioness of Cholmondeley’.

Pada 19 September 2022, wanita kenamaan itu dilihat hadir ditemani oleh suaminya iaitu David Cholmondeley untuk memberi penghormatan terakhir buat mendiang Ratu England, Ratu Elizabeth. Rose Hanbury dilaporkan menghadiri banyak acara diraja dan wanita tersebut adalah kenalan rapat keluarga diraja dari negara England tersebut.

26D63539 B803 44F3 A8D0 0012E8830F6E Kate Middleton dan Rose Hanbury dahulunya adalah dua orang sahabat baik, tiga tahun lepas khabar angin timbul mengatakan dua sahabat ini bergaduh besar dan sudah tidak mempunyai perhubungan yang baik.

Menurut satu sumber dalaman, “semua orang tahu sekarang hubungan Kate Middleton dan Rose Hanbury tidak lagi baik. Dahulunya mereka berdua adalah sangat rapat dan berkawan baik, kini tidak lagi.”

Menurut gosip liar yang bertebaran, Putera William cuba menjadi orang tengah untuk memulihkan hubungan isterinya dan Rose Hanbury, tapi sebaliknya yang berlaku apabila skandal kotor Putera William dan wanita tersebut mula dihidu.

14D6C9B4 000C 4DC3 9B82 F2A349453C0A DCB3001D 5B60 4462 AE12 C2B47C98934F

Pengkritik makanan yang popular di England iaitu Giles Coran dalam cicipan laman Twitter rasmi miliknya telah mengeluarkan kenyataan, “ya, ini adalah skandal. Semua orang tahu bahawa ini adalah sebuah skandal”. Walaubagaimanapun cicipan tersebut telah dipadan oleh pengkritik makanan tersebut dan tuduhan tersebut turut dinafikan oleh ramai pakar-pakar penganalisa diraja bertahun lamanya.

Pada sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) yang lalu, Putera William dilaporkan membeli hadiah mewah buat kekasih hatinya.

Apa yang mengejutkan adalah hadiah tersebut bukan untuk Kate Middleton tetapi sebaliknya untuk isteri David Rocksavage yang merupakan lelaki bangsawan England dengan gelaran ‘Marquesa of Cholmondeley’ ke-7.

A30D6F21 9D14 46DC 9054 975479885B2F

Sesetengah media melaporkan bahawa wanita yang dimaksudkan sememangnya Rose Hanbury iaitu wanita yang sama kelihatan menemani Putera William di sebuah parti peribadi pada tahun 2019.

Kini khabar angin mengatakan bahawa mungkin Putera William dan Kate Middleton akan berpisah, tetapi satu proses penceraian yanga amat sukar bakal ditempuhi memandangkan putera raja tersebut adalah pewaris paling kanan bagi takhta diraja England.

Satu berita yang cukup menyedihkan kerana Kate Middleton merupakan seorang wanita, isteri dan ibu yang penyayang dan sangat disayangi oleh rakyatnya.

Baca Lagi: Gonjiam Haunted Asylum Tempat Paling Menakutkan Di Korea

Baca Juga: Cristiano Ronaldo Mendapat Pampasan