Queen of Tears menuju ke tayangan episod akhir. Beberapa kisah bahagia dan sedih sudah muncul. Contohnya seperti kisah Hong Hae In (Kim Ji Won) yang akhirnya memutuskan mahu menjalani pembedahan otak supaya dia boleh meneruskan hidup.
Namun, kepedihan terasa kerana suami Hae In, Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) tiba-tiba ditangkap polisi. Dengan keadaan tersebut, para penonton masih mengharapkan mereka dapat kembali bersama selepas berpisah.
Terdapat tiga pasangan yang diharapkan berakhir dengan bahagia oleh para peminat dalam “Queen of Tears”, siapakah pasangan-pasangan ini?
1. Hong Hae In dan Baek Hyun Woo
Hong Hae In dan Baek Hyun Woo mengalami episod tragis sekali lagi. Setelah lama bertahan dalam keadaan rumah tangga yang dingin, jalinan asmara dua sejoli tersebut akhirnya berjalan harmoni dan bahagia.
Namun, kebahagian itu hanya sementara. Hong Hae In hilang ingatan selepas menjalani pembedahan otak. Baek Hyun Woo yang sepatutnya menemaninya tiba-tiba ditangkap interpol atas tuduhan terlibat dalam kes pembunuhan.
Eun Song menyatakan kepada Hae In bahawa Baek Hyun Woo adalah bekas suami yang sering membuat isterinya menderita. Kedatangan Yoon Eun Song yang dramatik membuatkan para penonton semakin yakin cerita cinta Hong dan Baek akan bahagia.
Baca lagi: Zaman Kecil Mereka Penuh Trauma, 3 Watak ini Mempunyai Persamaan dalam Queen of Tears
2. Hong Soo Cheol dan Cheon Da Hye
Hubungan Hong Soo Cheol (Kwak Dong yeon) dengan isterinya Cheon Da Hye (Lee Jo Bin) juga mengalami dugaan yang berat. Perkara itu adalah kerana Da Hye terlibat dengan Yoon Eun Song. Namun, wanita itu bertaubat dan kembali kepada suaminya.
Tindakan Cheon Da Hye membuatkan ibu Eun Song, Moh Sul Hee (Lee Mi Sook) marah. Dia mencari isteri Soo Cheol tesebut hingga ke Yongduri untuk menyuruhnya kembali bekerjasama. Tapi, tawaran tersebut ditolak Da Hye.
Akibatnya, dia mendapat beberapa ancaman dari bekas kekasihnya yang berkomplot dengan Moh Seul Hee. Dalam preview episod 15, tampak Soo Cheol mengalami sebuah kemalangan hingga membuatkan Da Hye menangis. Walau belum boleh diteka, penonton ingin pasangan itu bahagia bersama.
Baca juga: 59 Drama dan Filem Lee Mi Sook, Bawa Watak Villain Paling Kejam dalam Queen of Tears
3. Hong Beom Ja dan Yeong Song
Hong Beom Ja dan Yeong Song tidak memiliki kisah cinta tragis, mereka belum menjalin hubungan cinta. Namun, penonton mengharapkan mereka berakhir menjadi pasangan di akhir cerita Queen of Tears. Semuanya kerana Beom Ja menunjukkan sifat tertarik pada Yeong Song selepas pertemuan pertama mereka di Younduri.
Semasa sudah kembali ke Seoul. Hong Beom Ja kembali ke Younduri untuk melihat Yeong Song. Namun kerana perbuatannya diketahui oleh anak saudaranya, dia mengatakan bahawa kedatangannya adalah untuk memberi hadiah kepada Soo Cheol. Walau berbohong, Beom Ja beruntung kerana dapat berjumpa kembali dengan Yeong Song.
Semasa perpisahan selepas minum teh bersama. Yeong Song mempersilakan wanita itu untuk datang berkunjung lagi, kata-katanya tersebut kemudian membuatkan Beom Ja tidak keruan. Kisah cinta lucu tersebut turut membawa perasaan gembira untuk penonton.
Nasib akhir kisah cerita cinta tiga pasangan di atas belum boleh diteka. Buat anda yang ingin tahu tentang hubungan Hae In-Hyun Woo, Soo Cheol-Da Hye, dan Beom Ja-Yeong Song, saksikan episod akhir drama Queen of Tears pada 27-28 April!