Drama Korea Queen of Tears telah ditayangkan secara perdana pada 9 Mac 2024 yang lalu. Drama Korea ini mengisahkan tentang Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) yang mengalami krisis dalam rumah tangganya bersama Hong Hae In (Kim Ji Won). Walau Hong Hae In adalah anak keluarga chaebol dan Pengarah Utama Queens Department Store, semua itu tidak menjamin kebahagiaan bagi Baek Hyun Woo.
Baca juga: 6 Watak Pembantu dalam Queen of Tears yang Memainkan Peranan Penting, Semua Pelakon Hebat
Bukan tentang harta, namun tentang harga diri. Sebagai seorang suami, harga diri Baek Hyun Woo seolah-olah tidak bermakna di mata Hong Hae In. Begitu juga sebaliknya, Baek Hyun Woo tidak melakukan tugasnya sebagai seorang suami kerana Hong Hae In yang terlalu keras kepala.
Selain itu, tekanan dari keluarga besar Hong juga semakin merumitkan keadaan mereka. Oleh sebab itu, Baek Hyun Woo merancang untuk bercerai dengan Hong Hae In. Namun, niatnya terbantut kerana Hong Hae In menderita penyakit ketumbuhan otak yang sangat jarang ditemui yang dikenali sebagai penyakit Cloud Cytoma. Penyakit itu mempengaruhi aktiviti Hong Hae In seharian.
Jika penyakitnya menyerang, tujuh kesan sampingan yang menyakitkan ini akan dirasakannya.
1. Hong Hae In akan mengalami sakit kepala yang sangat teruk. Dia memerlukan ubat tahan sakit untuk mengatasi kesakitannya
Baca lagi: Muncul dengan Watak Menyebalkan dalam Queen of Tears, Berikut 10 Kdrama yang Pernah Dibintangi Kim Jung Nan
2. Hong Hae In mengalami hilang ingatan sementara. Dia kerap terlupa perkara-perkara penting kerana dia akan melupai kejadian yang berlaku beberapa jam sebelumnya
3. Apabila penyakitnya menyerang, tubuh Hong Hae In akan menggeletar yang menyebabkan dia sukar melakukan sebarang aktiviti
4. Tubuhnya yang menggeletar diiringi dengan sesak dada yang membuatkan nafas Hong Hae In mengah
Baca juga: Queen of Tears Tampilkan Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun pada Mac 2024
5. Hong Hae In juga sukar untuk menumpukan perhatian. Terbukti apabila dua gagal memburu seekor burung di program perburuan rutinnya
6. Dia juga kerap berhalusinasi bahkan boleh menyebabkan gangguan kepada mental dan peribadinya
7. Apabila sakit itu menyerang, pandangannya kabur hingga sukar untuk melepaskan diri semasa dia hampir diterkam khinzir liar
Mengenai penyakit yang dideritainya, doktor menyatakan belum ada ubat untuk mengatasinya. Oleh sebab itu, Hong Hae In dijangkakan hidupnya hanya boleh bertahan selama 3 bulan sahaja lagi. Baek Hyun Woo yang takut pada ayah Hong Hae In jika dia memfailkan cerai, memilih untuk bertahan selama 3 bulan lagi untuk lari dari masalah. Adakah bakal ada keajaiban yang membuatkan Baek Hyun Woo dan Hong Hae In mempertahankan rumah tangga mereka?