Queen of Tears hanya berbaki 2 episod sahaja lagi sebelum tamat pada Sabtu ini iaitu 27 April dan Ahad, 28 April 2024. Para penonton menanti untuk melihat penyelesaian bagi segala konflik-konflik yang sangat pelik dan mendebarkan dalam drama siri ini. Tambahan pula, situasi yang kelihatan semakin menghampiri klimaks jika melihat pada babak after credit dalam episod 14 yang ditayangkan pada hari Ahad, 21 April 2024.
Melalui babak tersebut, beberapa jangkaan dan teori tentang situasi yang bakal terjadi semasa ending drama Queen of Tears telah muncul di kalangan para penonton. Tampak seperti Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) dihumban dalam penjara, mari kita lihat beberapa kemungkinan yang bakal berlaku semasa ending drama ini.
1. Walau Hong Hae In (Kim Ji Won) dimanipulasi oleh Yoon Eun Sung (Park Sung Hoon), perasaan cinta akan memimpin Hae In kembali kepada suaminya
2. Hyun Woo yang diperangkap oleh Eun Sung atas pembunuhan Pyeon Seong Uk (Kwak Jin Seok) akan melalui perbicaraan mahkamah dengan bantuan rakan-rakan sesama peguam
3. Pihak Hyun Woo tidak akan berdiam diri dengan memberikan serangan balas terhadap laporan kes penipuan pelaburan Eun Sung yang telah menjerat Hyun Woo
4. Moh Seul Hee (Lee Mi Sook) sering mengganggu rumah tangga Cheon Da Hye (Lee Joo Bin) dan Hong Soo Cheol (Kwak Dong Yeon). Walau begitu, mereka berdua tetap tidak boleh dipisahkan
5. Perasaan cinta Hong Beom Ja (Kim Jung Nan) kepada Yeong Song (Kim Young Min) bakal berbalas dengan hubungan romantik
6. Usaha-usaha yang dilakukan oleh keluarga Hong dengan bantuan Hyun Woo akan berjaya merebut kembali seluruh aset kekayaan Queens Group
7. Seul Hee dan Eun Sung dijangka akan dipenjarakan atas segala kes kejahatan jenayah yang melibatkannya
Ketujuh-tujuh senarai jangkaan dan kemungkinan tersebut hanyalah teori peminat semata-mata. Tentu sahaja, para penonton mengharapkan pengakhiran yang adil untuk setiap watak dalam Queen of Tears. Jangan lupa untuk menonton episod akhir drama tersebut yang akan ditayangkan tidak lama lagi ya!