Home Kdrama/Kmovie Queen of Tears Makin Hampir ke Penamat, 4 Persoalan Belum Terjawab

Queen of Tears Makin Hampir ke Penamat, 4 Persoalan Belum Terjawab

0

Episod 12 drama Queen of Tears telah ditayangkan pada 14 April lalu. Pada episod terbaru cerita berkembang dengan keluarga Hong yang akhirnya mengetahui penyakit Hae In, kemudian ditutup dengan dana haram yang akhirnya ditemui.

Kini berbaki 4 episod menuju episod akhir, ternyata masih ada beberapa perkara yang belum dijelaskan. Berikut dibawah ini adalah beberapa persoalan yang masih belum terjawab dalam Queen Of Tears. Jom kita lihat apakah ia!

 

1. Sebab Hae In keguguran

Queen of tearsHingga episod terbaru, kita masih belum jelas tentang bagaimanakah Hae In kehilangan anak yang dikandungnya. Selepas setahun perkahwinan mereka, Hae In (Kim Ji Won) disahkan hamil. Berita ini membuatkan mereka bahagia. Bahkan Hyun Woo (Kim Soo Hyun) sudah mula menyediakan bilik untuk anak mereka sejak Hae In hamil.

Sayangnya, kebahagiaan itu tidak bertahan lama kerana Hae In keguguran. Kita sudah mengetahui bahawa Hae In kehilangan anaknya, tetapi kisah tentang tragedi itu masih belum dijelaskan secara terperinci. Penonton masih ingin tahu adakah Hae In benar-benar keguguran atau dia pernah melahirkan anaknya.

Baca juga: Sebagai Villain dalam “Queen of Tears”, Park Sung Hoon Ternyata Dari Keluarga Kaya Raya di Dunia Nyata, Putera Idaman Ramai Gadis Korea

2. Kisah anak pertama keluarga Hong

a2f64ae7 c3c5 4473 b224 d36dc635665f

Hong Man Dae (Kim Gap Soo)
mempunyai 3 orang anak, tetapi yang selalu dipertontonkan hanyalah 2 orang dari mereka iaitu ayah Hae In (Jung Jin Young) dan Geomja (Kim Jung Nan). Anak pertama, Hong Beom Seok (Park Yeon Hee) pernah muncul sekali pada episod pertama, tetapi kemunculannya ditolak oleh Man Dae. Hubungan antara Man Dae dengan Beom Seok memang tidak berapa baik.

Hingga episod terbaru, sebab utama mengapa Man Dae membenci anak pertamanya itu masih belum dijelaskan. Man Dae pernah mengatakan bahawa Beom Seok mengkhianatinya.

 

3. Hae In dan Hyun Woo memang ditakdirkan antara satu sama lain

463c488c d1cf 41fa bff7 7ef3cea522ac

Hae In dan Hyun Woo ibarat sudah ditakdirkan sejak lama. Lama sebelum mereka bertemu di syarikat sebagai pekerja pelatih, ternyata Hae In dan Hyun Woo pernah bertemu sebanyak beberapa kali semasa kecil.

Pertama, semasa Hae In lemas di pantai, ternyata Hyun Woo adalah orang yang menolongnya. Seterusnya semasa Hae In tanpa sengaja melanggar seseorang yang sebenarnya adalah Hyun Woo semasa mereka masih bersekolah. Waktu itu Hyun Woo jatuh cinta pandang pertama pada Hae In.

Walau Hae In akhirnya mengetahui bahawa dia pernah bertemu Hyun Woo semasa zaman sekolah, tetapi Hyun Woo tidak mengenali Hae In. Penonton ingin mereka sama-sama menyedari takdir yang mengikat mereka berdua.

 

4. Motif Mo Seul Hee merebut Queens Group

d091b23b f7c2 46a2 ab9f b87f52b03ed1

Moh Seul Hee (Lee Mi Sook) merupakan villain yang berusaha mahu merebut kuasa dan kekayaan Queens Group. Bersama dengan anaknya, Yoon Eun Sung (Park Sung Hoon), mereka melakukan pelbagai cara jahat, contohnya dengan mengumpulkan saham hingga mencapai suara majoriti, hingga Seul Hee memanipulasi Hong Man Dae.

Hingga episod 12, kita sudah dipertontonkan dengan cara-cara Mo Seul Hee mencapai impiannya. Namun motif Mo Seul Hee yang sangat obses untuk merampas Queens Group masih belum jelas.

Oleh kerana jalan cerita Queens Of Tears agak cepat, tidak mustahil perkara-perkara di atas bakal dijelaskan pada 4 episod akan datang. Episod akhir Queen Of Tears masih diperdebatkan dan dibincangkan sama ada bakal berakhir dengan bahagia atau derita. Sama-sama kita nantikan.

Baca lagi: 59 Drama dan Filem Lee Mi Sook, Bawa Watak Villain Paling Kejam dalam Queen of Tears
Baca juga: Setelah Mencantas Rating “Reply 1988”, Kini “Queen Of Tears” Mendahului “Goblin” Untuk Menjadi Drama Kedua Tertinggi Dalam Sejarah tvN