R U Next? merupakan program realiti yang tidak boleh dilepaskan oleh para peminat survival show.
Diterbitkan oleh HYBE, seramai 22 orang trainee (pelatih) bersaing dengan sengit untuk merebut peluang untuk melakukan debut sebagai idol KPop. Khabarnya, hanya akan ada enam peserta yang terpilih sebagai anggota girl group (kumpulan idol perempuan) naungan BELIFT LAB.
Di antara ramai peserta yang menyertai pertandingan ini, ternyata hanya 10 orang trainee yang bukan berasal dari Korea. Jom sama-sama kita lihat siapakah mereka ini:
1. Gadis manis yang berasal dari Thailand yang sangat ceria dan berbakat ini ternyata pernah menjalani tempoh latihan trainee di SM Entertainment dan P NATION
2. Kecil-kecil cili padi, Iroha dari Negara Jepun mampu menampilkan penampilan di atas pentas yang meyakinkan dan memukau di usia 15 tahun
3. Sangat mengidolakan Sullyoon NMIXX, Iris yang lahir pada tahun 2008 ini sanggup terbang dari Thailand demi menggapai impiannya untuk menjadi idol KPop
4. Terjun ke dunia glamor sejak muda remaja, Yuisa ialah seorang model cilik dan pernah bergabung dalam idol group Jepun, GOL☆HAF
5. Baru sahaja genap berusia 12 tahun, si cantik manis Ena yang berasal dari Jepun menyandang gelaran sebagai peserta paling muda di R U Next?
6. Senyuman cerianya menjadi tarikan utama, tidak hairanlah jika trainee kelahiran Okinawa yang bernama Himena ini selalu menampilkan aura positif
7. Satu-satunya trainee kelahiran Amerika-Korea, Chanelle yang pernah menetap di Los Angeles menyatakan bahawa Ariana Grande adalah role model kegemarannya!
8. Hampir debut bersama LE SSERAFIM, Ruka pernah dikhabarkan keluar dari HYBE dan pulang ke Jepun, sebelum akhirnya muncul di R U Next?
9. Tidak patah semangat, Moka yang dibesarkan di Fukuoka ini sudah menjalani masa training selama 3 tahun di negara asalnya
10. Namanya sudah tak asing lagi, Funa pernah menjadi peserta dalam survival girl group Jepun milik JYP Entertainment yang bertajuk Nizi Project
Dikenali memiliki sistem yang ketat, menjalani latihan di agensi KPop tentunya menjadi satu cabaran yang sangat hebat, terutama bagi para trainee yang berasal dari luar Korea. Menyaksikan kerja keras mereka demi meraih impian. Selamat maju jaya untuk para peserta R U Next? yang sedang berjuang!