Ramai artis kpop mula mendapat tempat di hati peminat bukan sahaja di Korea Selatan malah di negara luar kerana penampilan mereka dalam bidang lakonan dan nyanyian.
Lihat sahaja contoh terdekat, di negara Malaysia, sesiapa yang menonton artis Korea pasti teruja, dan sudah pastinya kerana mereka merupakan peminat fanatik artis Korea terbabit.
Ada yang sanggup membuat solat hajat dan berdoa selepas sahaja kematian artis Kpop mereka dan ini sudah pasti mengejutkan ramai pihak. Namun siapa sangka, kegemilangan dan populariti dunia Korea ini sudah pastinya diselubungi misteri dan derita walaupun hidup mereka penuh glamour.
Mereka merupakan mangsa eksploitasi termasuk diguna oleh golongan-golongan tertentu. Tidak pelik kenapa ada artis Korea yang sanggup membunuh diri.
Mereka bukan tekanan kerana percintaan atau penyalagunaan dadah, tetapi lebih kepada tertekan dengan agensi mereka, juga peminat yang terlalu berharap kan kesempurnaan kepada artis-artis Korea ini.
Jom baca sisi gelap dunia glamour kpop idol ni.
– Hater yang cuba membunuh mereka. Ada segelintir haters yang berniat untuk membunuh Kpop Idol ini. Mungkin kerana iri hati dengan pencapaian individu tersebut. Tidak hairan juga, perancang pembunuhan itu rata-rata nya datang daripada orang-orang di dalam industri juga. Terdapat satu kes tu, artis Kpop, Yunho hampir mati diracun apabila haters melekatkan pelekat racun dalam minuman dan Yunho hampir pengsan dan dikejarkan ke hospital.
Tidak hanya itu, Daniel Lee @ Tablo turut dituduh oleh haters yang mengatakan beliau menipu tempat nya menuntut ilmu iaitu di Universiti Stanford. Perkara itu hampir sahaja memusnahkan kariernya. Lee pernah menunjukkan sijil nya kepada haters tetapi masih tidak mempercayainya.
Kerana perkara itu, Tablo telah pun bersara daripada dunia seni kpop, dan beliau memaklumkan yang beliau melakukan sedemikian kerana risau akan anak dan juga bini nya.
– Peminat fanatik upah pemandu teksi untuk intip kehidupan artis kesayangan
Kpop idol Korea sebenarnya amat tidak selesa dengan sikap fanatik yang ditunjukkan oleh peminatnya. Peminat kpop bukan seperti artis Malaysia yang menyokong dengan membeli album atau menghadiri konsert tetapi mereka lebih daripada itu. Sikap mereka yang fanatik sampai ada yang sanggup upah pemandu teksi untuk intip artis kesayangan mereka.
Ahli kumpulan JYJ pernah diintip oleh peminat fanatik nya. Mereka menceritakan yang pernah mendapat surat berdarah peminat fanatik yang ditulis menggunakan darah period.
Sungguh geli dan menjijikkan. Tetapi itulah bayaran yang harus dihadapi oleh kpop idol sehingga ada di antara mereka yang hidup dalam tekanan.
– Blackmail artis kesayangan mereka
Sifat fanatik itu juga telah membuatkan mereka sanggup menghantar ugutan kepada artis kpop yang mereka sanjungi. Ada di antara mereka juga mempunyai rahsia dengan pengurus masing-masing.
Pernah terjadi kepada seorang artis Korea ini yang pengurusnya menyimpan rahsia homoseksual dan kunyit nya. Pengurus telah mengupah lelaki kacak untuk menggoda artis Korea terbabit dan merakam video songsang mereka.
Dia telah menghantar video tersebut kepada kedua-dua ibu dan bapa artis Korea itu dan mengugut untuk menyebar video itu kepada orang awam, kecuali mereka dibayar dengan jumlah wang sehingga 500,000 Won.
Macam-macam hal ya? Patut la artis Korea sangat tertekan dan ada yang sanggup membunuh diri.. Kesian mereka, semoga tabah..
Sumber: Beautiful Nara
Baca artikel terdahulu: “Semakin Cantik Badan Jihyo”-Peminat Teka Song Ji-hyo ‘Workout’ Dengan Kim Jongkook