Home Entertainment Rahsia Wajah Berseri Song Joong Ki

Rahsia Wajah Berseri Song Joong Ki

0

Menjaga kulit wajah sangatlah penting dan perlu dilakukan oleh semua individu tidak kira lelaki atau wanita. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan bersih.

Rajin menggunakan pelembab juga akan membantu kulit wajah lebih sihat dan berseri-seri. Sesiapa sahaja yang berkulit wajah kering, terdapat pelbagai pelembab wajah semula jadi yang boleh menjadi pilihan.

DD798C80 BD64 4C45 89F3 C175E8719037Tidak hanya mudah dibuat dan digunakan di rumah, pelembab dari bahan semula jadi ini juga baik untuk menjaga kesihatan kulit wajah dan mencegah pelbagai masalah kulit.
Pelembab wajah sebaiknya disesuaikan dengan jenis kulit dan digunakan secara rutin dan berdisiplin.

Bagi pemilik kulit wajah kering, penggunaan produk pelembab wajah berbahan yang berasaskan minyak sangat penting bagi menjaga kelembaban kulit.

Kulit yang lembab dapat menjamin kesihatan kulit serta mencegah munculnya jerawat, bintik hitam, dan tanda-tanda penuaan seperti garis atau kedutan halus pada wajah. Kelembapan kulit wajah perlu diutamakan untuk mencegah pelbagai masalah kulit.

Berikut merupakan 5 pilihan pelembab wajah semula jadi untuk kulit kering, agar penampilan jadi makin menawan seperti Song Joong Ki:

1.) Avocado

A6B7F21E 0D22 4C61 A03A 570ECD9A6DC4Selain memberi hidrasi dan melembabkan kulit, tingginya kandungan antioksidan dalam buah avocado juga berfungsi dalam mencegah kerosakan kulit akibat radikal bebas dan panahan sinar matahari.
Untuk menggunakannya, kita hanya perlu oleskan avocado yang telah dihaluskan pada wajah dan dibiarkan selama 15–20 minit, kemudian cuci wajah dengan air suam.

2.) Minyak zaitun

11EEFDAC 0361 45A2 B254 9B7743F5027CMinyak zaitun sudah dikenali dengan manfaatnya untuk mengatasi pelbagai masalah kulit, mulai dari melembabkan kulit kering, mengubati jerawat, hingga mencegah penuaan kulit wajah. Penggunaan masker minyak zaitun pun cukup mudah.

Pertama, oleskan minyak zaitun pada kulit wajah secara merata, kemudian tempelkan kain yang telah direndam air suam. Kemudian, bilas wajah hingga benar-benar bersih.

3.) Lidah buaya

F6F35B5A 9691 4158 8CDD 8B229BF50801

Bahan pelembab wajah semula jadi yang satu ini juga sangat bagus digunakan untuk kulit wajah kering. Selain bermanfaat melembabkan kulit wajah, lidah buaya bahkan juga dapat mengatasi pelbagai masalah kulit, seperti jerawat, dan psoriasis.

Dalam penggunaannya, kita boleh memanfaatkan isi atau bahagian dalam lidah buaya secara langsung dengan cara mematahkan daun lidah buaya, kemudian mengoleskan isi lidah buaya pada wajah secara merata.

4) Oatmeal

D54D58FD 5438 4A4B 8C0E F988E2432D37

Selain untuk dimakan, oatmeal juga boleh dijadikan sebagai pelembab wajah semula jadi untuk kulit wajah yang kering. Bahan semula jadi ini sangat efektif bagi mengurangkan iritasi kulit dan keadaan kulit kering buat para pesakit ekzema. Kita hanya perlu mencampur satu sudu teh oatmeal dengan satu sudu teh air. Setelah itu, oleskan pada wajah dan biarkan selama 15–20 minit, kemudian bilas dengan air suam.

5.) Madu

63961FA8 A799 4E68 BD2D CDAB548FEDCE
Madu sudah lama dikenali dengan manfaatnya untuk membantu melembabkan kulit wajah. Selain itu, madu juga diketahui dapat mencerahkan dan memutihkan kulit wajah serta mencegah tanda-tanda penuaan, seperti kedutan dan kulit kusam.

Untuk memanfaatkan madu sebagai pelembab wajah semula jadi, kita hanya perlu oleskan madu pada wajah, lalu biarkan selama 10–15 minit. Kemudian, bilas wajah menggunakan air hingga bersih dan keringkan dengan tuala.

Penggunaan masker wajah semula jadi dan produk pelembab wajah sahaja tidak cukup untuk menjaga kulit kita. Kita juga perlu mengambil air putih yang secukupnya bagi memastikan kulit wajah kita sering terhidrasi.

Namun, Anda tetap perlu hati-hati dalam menggunakannya kerana salah satu bahan tersebut mungkin dapat menimbulkan reaksi alergi kepada sesetengah orang. Oleh demikian, kita perlu melakukan ujian terlebih dahulu untuk mengetahui adakah kita alergi terhadap bahan tersebut atau tidak sebelum menggunakannya.

Cara membuat ujian alergik adalah dengan menyapu sedikit bahan semulajadi tersebut pada bahagian dalam lengan bawah, kemudian tunggu jika berlaku munculnya reaksi alergik setelah beberapa minit. Jika mengalami reaksi alergik, seperti gatal, kulit kemerahan, segera hentikan pemakaian.

Nah, bagaimana? Mudah sahaja untuk tampil berseri-seri seperti Song Joong Ki kan? Yang penting perlu disiplin dan amalkan selalu.

Baca Lagi: Lee Je Hoon Kian Memukau

Baca Juga: Fakta Menarik Dan Wajah Sebenar Madam Lim Taxi Driver