Home News Rain Enggan Guna Khidmat Pelakon Lagak Ngeri untuk Babak Aksi dalam Red...

Rain Enggan Guna Khidmat Pelakon Lagak Ngeri untuk Babak Aksi dalam Red Swan, Seperti Makan Gaji Buta Katanya

0

Setelah Ghost Doctor ditayangkan pada tahun 2022, Rain kini sekali lagi muncul dalam drama Korea yang baru ditayangkan pada 3 Julai 2024 iaitu Red Swan.

Dalam drama yang juga dibintangi oleh Kim Ha Neul ini, pelakon lelaki yang juga merupakan penyanyi terkenal tersebut membawa watak sebagai seorang pengawal peribadi yang bernama Seo Do Yoon.

Watak ini dikatakan sangat mencabar bagi Rain kerana dia tidak mempunyai banyak dialog. “Saya tidak mempunyai banyak dialog, tetapi tetap mempunyai kesan kuat dan mendalam. Jadi saya mesti berusaha keras dari segi nada dalam melontarkan dialog, dan fokus kepada latihan vokal,” kata jejaka yang mempunyai nama asal Jung Ji Hoon ini, dipetik dari The Korea Times.

4b9c86d0 c3f7 40f6 aba0 82a72acae5db

Walau tidak mempunyai dialog yang panjang-panjang, yang pastinya watak Rain dalam drama ini memerlukan komitmen padu dari pelakon ini untuk melakonkan adegan aksi yang mencabar. Bahkan pengarah drama ini, Park Hong Kyun, menjelaskan bahawa suami Kim Tae Hee ini melakonkan sendiri banyak adegan sukar dalam drama Red Swan.

“Dia adalah master adegan aksi. Jadi mengarahkan adegan aksi dalam projek ini lebih mudah dan selesa dibandingkan dengan projek sebelum ini,” kata pengarah drama popular Queen Seondeok tersebut. Bukan hanya persembahan Rain dalam adegan aksi sahaja yang dipuji pengarah, tapi juga pada elemen drama.

“Saya tahu Rain hebat dalam adegan aksi, tapi saya juga kagum kerana dia mampu menampilkan lakonan penuh emosional dengan memukau,” kata Park Hong Kyun, dipetik dari Yonhap News.

Rain enggan makan gaji buta

5b1f09a9 c67f 4d16 94f4 526cad5014cc

Rain kemudian mendedahkan sebab utama mengapa dia melakonkan sendiri adegan aksi dalam drama ini. “Saya kadang kala merasa bersalah menggunakan pelakon lagak ngeri,” kata Rain.

Rupanya-rupanya dia tidak mahu makan gaji buta. “Saya kadang kala berfikir, ‘saya boleh melakukannya sendiri.’ Lagi pula saya perlu melakukan pekerjaan yang setimpal dengan jumlah bayaran yang saya terima dengan mengerahkan segala kebolehan saya,” Rain menyambung.


Rain tentang kerjasamanya dengan Kim Ha Neul

Rain

Rain mengatakan bahawa dia adalah peminat pengarah Park sejak dia masih muda. Pengarah ini merupakan salah satu sebab Rain berlakon dalam drama Red Swan.

“Ada beberapa peluang bekerja sama (dengan pengarah Park Hong Kyun) pada masa lalu. Sayangnya, tidak ada yang berjaya. Sementara dengan Kim Ha Neul, saya sudah mengatakan suatu masa nanti akan melakukan projek bersama, dan kami akhirnya mendapat peluang itu,” katanya.

Red Swan adalah tentang seorang bekas pemain golf profesional iaitu Oh Wan Soo (Kim Ha Neul), memasuki masyarakat kelas atasan apabila dia menikah dengan pewaris Hwain Group. Sayangnya, hidupnya terancam dan tidak selamat kerana pertarungan sengit untuk menjadi pewaris harta kekayaan.

Disebabkan pengawal peribadinya, Seo Do Yoon (Rain), Wan Soo berhadapan secara langsung dengan rahsia keluarga Hwain. Do Yoon menyusup masuk ke dalam keluarga Hwain sebagai pengawal peribadi setelah menyelamatkan wanita ini dari serangan pengganas misteri.

Semasa Do Yoon dan Wan Soo mengetahu rahsia serta menghadapi berbagai-bagai bahaya bersama, hubungan mereka semakin dalam. Bahkan, mula saling mempercayai.

Red Swan memiliki 10 episod, dengan dua episod baru yang ditayangkan pada setiap hari Rabu di Disney Plus. Anda sudah tonton?

Baca lagi: Kim Ha Neul Berjaya Tonjol Watak Wanita Tidak Bahagia dan Penuh Konflik dalam Episod Awal Red Swan
Baca juga: 9 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Our Movie”, Gandingkan Jeon Yeo Been dan Nam Goong Min