Yang di-Pertuan Agong menjalani lawatan rasmi ke Sabah dan Sarawak merupakan salah satu memori yang istimewa buat beliau. Dalam kembara ini, Tuanku bukan sahaja dapat merasmikan jalan Pan Borneo, tetapi juga dapat meluangkan masa bersama warga Sabah dan Sarawak. Di media sosial, banyak video yang tular berkenaan Agong.
Di tiktok terdapat satu video yang tular di mana dapat dilihat situasi Agong dan Permaisuri Agong yang sendiri turun berjumpa dengan pengantin. Situasi tersebut telah meraih perhatian ramai kerana kita pastinya jarang melihat Agong yang datang ke majlis kawhin rakyatnya. Dapat dilihat juga Agong sendiri memberikan sampul kepada pengantin tersebut. Ramai yang sepertinya teruja melihat situasi tersebut dan bermacam komen yang diterima pada video tersebut.
“yang hantaran 100k pn kalah dengan yng ni”
“yg 25k pon kalah dengan moment rare ni mat”
“ini baru betul wedding of the year.. bukan biashe2 wei org biasa mcm kita kawin Agong dan keluarga hadir dtg … moment indah ni..terbaik lah”
“Alhamdulillah…rezeki adik berdua agong lalu dpn rmh. Semoga jd kenangan terindah dn selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke jannah..aamiin.”
“untung kan. tak perlu hantar kad jemputan semua. tup² ada je agong n permaisuri depan rumah “
Baca juga : Gelagat YDPA Dan Raja Permaisuri Agong Semasa Hari Kemerdekaan Raih Perhatian Netizen
Baca juga : Panggil Permaisuri Kakak, Agong Dipanggil Atok, Budak 2 Tahun Menangis Nk Tgk Gambar YDPA
Lihat klip berdurasi pendek di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@darus : ni agong dtg keduri kwin atau kenduri kwin dtg kat agong
@AINAA BEAUTY : Weii untung giler..Agong datang kenduri
@Joyah cute : sporting sguh orang depa..wlupun ikut dan ja ..biasa la.blah sna kurang trdedah dgn sistem beraja.tpi semangat depa nk sambut agong tu..wow..tahniah
@I N T A N : nk kalau org tanya brpa bajet buat kenduri..tak payah tanya bajet kalau agong sendiri dtg
@Aye_AswaD : YDPA drive sendiri beribu-ribu kilometer tu pergi majlis
@Yourstruly : Ni memang rare gile , xkan dpt moment mcm ni
@Gayahsahari : Tahniah pengantin….ditepung tawar oleh tunku &tunku permaisuri… Bukan kaleng2 tetamu jemputan kitak org
@Hovid : Perkahwinan paling epic utk tahun 2023 guna la brapa bnyak duit belum tentu Agong datang
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram