Kanak-kanak dibawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk membawa kereta dan itu semuanya sudah tertulis dalam undang-undang memandu di negara kita. Baru sahaja beberapa bulan yang lepas tular rakaman di mana seorang budak membawa kereta sehingga tersadai di tepi jalan. Tindakan tersebut membahayakan orang di sekeliling dan terutama kepada budak berkenaan.
Semalam tular lagi sebuah video di media sosial di mana rakaman menunjukkan seorang budak lelaki yang dikatakan berumur 11 tahun membawa kereta milik bapanya di sekitar Jalan Banting-Pandamaran. Budak tersebut telah ditahan polis.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menerima satu klip video memaparkan kanak-kanak yang memandu Proton Saga berwarna perak tersebut.
Kereta Saga itu bersama kanak-kanak berkenaan dan pemilik kenderaan yang juga bapanya berusia 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Jelas Hoong Fong, dua beranak itu dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan 1987 iaitu masing-masing kesalahan memandu di bawah umur dan bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan itu.
“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi,” ujarnya.
Tambah beliau, semakan polis mendapati kanak-kanak itu masih belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar, Klang.
“Justeru, masyarakat dinasihatkan sentiasa mengawasi anak mereka supaya tidak melakukan tindakan membahayakan diri sendiri atau harta benda selain tidak menularkan sebarang konten demi menjaga imej dan privasi orang lain,” katanya.
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Sauffie : Siap nombor plat, tak lama, PDRM dengan JPJ mesti jumpa punya.
@indomenusiBei : 11 tahun pun elok bagi signal pastu bersabar masuk simpang. Ini ada umur hat duk tunggu epf nak keluar pun cam haram lagi bawak
@oleenaz : Nasib baik kawan2 bagus. Siap nasihat pasal mati lagi. Ambik plate no lagi. Usaha kawan2 dia ni la yang akan selamatkan banyak nyawa termasuk nyawa budak ni. Good job. Anak2 skang need more kawan2 mcm ni sbb banyak parents fail.
@Aishaazima1 : Walaupun takda lesen .masih bawah umur..tapi mematuhi peraturan jalanraya.. setengah pemandu ada lesen signal pun tak reti nk bagi…
@Azmieydaud : Hebatnya dik. Abg masa sebelah tahun. Naik basikal pon kadang tak balance lagi
@quasar917 : Benda salah tetap salah. Hukum sekali ibu bapa yang cuai. Kalau langgar orang atau dilanggar akan jadi isu rumit.
@gajuspedas : Tp dia bawak lagi sopan dr sesetgh dewasa dgn jaga jaraknya, bg signal..
@hannahwho : function teruk kawan dia siap record nombor plate ni haa
Baca juga : Punggung Budak Lelaki Tercucuk Besi Pagar Rumah, Terpaksa Tahan Sakit 20 Minit
Baca juga : “Lepas Je La Budak Tu..” – Netizen Risau Lihat Budak Lelaki Kena Kejar Dgn JPJ
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram